Pengenalan & Definisi Autisme
Perkataan autisme berasal daripada gabungan perkataan ‘autos’ yang membawa maksud diri sendiri
dan ‘isme’ yang bermaksud aliran. Ini
bermaksud bahawa autisme membawa maksud kepada keadaan yang kanak-kanak
tersebut cenderung mengasingkan diri daripada orang lain dan bersendirian.
Gejala autisme mula kelihatan sebelum kanak – kanak berusia 3 tahun. Kanak – kanak
autisme biasanya mempunyai merupakan gangguan perkembangan yang amat kompleks
yang melibatkan aspek komunikasi, masalah dalam interaksi sosial, bahasa,
gangguan deria, emosi, pola bermain dan pembelajaran.
Hallahan dan Kauffman (1976) menyatakan autisme merupakan satu kecelarun
yang bercirikan pengasingan diri, tingkah laku mencederakan diri, masalah
kognitif, masalah bahasa dan boleh dilihat sebelum berumur 30 bulan. Manakala
menurut Trevarthen, Aitken, Papoudi dan Roberts (1996), mereka menyatakan
bahawa autisme merupakan gabungan dua perkataan Greek, iaitu ‘aut’ yang bermaksud diri dan “ism” yang bermaksud orentasi atau
keadaan. Ia bermaksud seseorang tidak biasa dengan diri sendiri serta gagal
menunjukkan minat terhadap orang lain.
Berbanding dengan masalah pembelajaran yang lain, autisme merupakan
masalah yang paling membimbang dan menakutakan ibu bapa dan pendidik. Ini
disebabkan autisme merupakan satu gangguan yang berlangsung sepanjang hidup.
Setakat ini, cara pencegahan dan rawatan pemulihan belum ditemui lagi. Autisme merupakan
kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak (pervasive development
disorder). Ia adalah kecacatan neurologi dan bukannya kecacatan psikiatri.
Selain itu, autisme juga merupakan gangguan tumbesaran yang memberi kesan buruk
ke atas perkembangan kanak-kanak dan ini seterusnya mengganggu fikiran mereka.
Selain daripada nama autisme, ketidakupayaan ini juga dikenali sebagai autistic
disorder, childhood autism, infantile autism & Kanner’s syndrome .
Dianggarkan
satu daripada 500 kanak – kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunujukkan kini ada kira – kira 47,000 penduduk negara kita menghidapi
autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit
mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami
keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri.
Hampir 70
peratus kanak – kanak autisme mempunyai masalah terencat akal pada tahap berbeza. Hal
ini menyebabkan proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi,
berkomunikasi dan tingkah laku. Kekurangan yang dialami oleh kanak – kanak ini
menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan
orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. Namun begitu, bukan
semua individu autism mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang Berjaya
dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates.
Mereka berkongsi masalah sama iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis
autism. Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan
kanak-kanak normal.
Faktor-faktor Autisme
Secara umumnya, faktor sebenar yang menyebabkan autisme adalah tidak
dapat dikenal pasti sehingga sekarang. Namun begitu, terdapat ramai
professional telah membuat kajian yang mendalam terhadap masalah ini. Hasil
daripadanya, mereka mendapati bahawa terdapat faktor-faktor yang merintis
kepada berlakunya autisme. Akan tetapi, kajian yang dilakukan oleh mereka telah
menimbulkan pendapat dan konsep yang bertentangan. Walaubagaimanapun,
kajian-kajian tersebut telah dijadikan sebagai panduan kepada ibu bapa dan
pendidik kanak-kanak autisme. Secara
keseluruhannya, kita boleh merumuskan bahawa autisme adalah berpunca daripada
beberapa faktor iaitu genetik, masalah sebelum dan selepas kelahiran, kerosakan
fungsi otak, fungsi kecelaruan autoimmue, serta faktor persekitaran.
1. Faktor Genetik
Melalui kajian anak kembar yang dilakukan oleh para saintis telah
menunjukkan bahawa 90% daripada kes autistik yang dilaporkan adalah berpunca
daripada genetik. Hal ini bermaksud bahawa autisme boleh diwarisi secara turun-temurun.Terdapat
juga kajian yang mengatakan bahawa autisme adalah disebabkan kerosakan dalam
kromosom yang ke-2,7,15 dan x. Wassinkatel(2001) mengatakan bahawa genWTN2 yang
terletak pada kromosom ke-7 merupakan punca autisme. Antara kerosakan yang terletak
pada kromosom kanak-kanak autisme ialah gene deletion, gene duplication dan
gene inversion.
Gene deletion didefinisikan sebagai ‘a total loss or absence of the
gene’. Dalam ayat lain, gene deletion merujuk kepada sejumlah gen yang hilang
atau tiada. Ketidakmunculan gen ini telah menyebabkan jangkitan penyakit dan
abnormal pada individu tersebut.
Gene duplication pula merupakan suatu keadaan yang terbalik dengan gene
deletion. Definisi gene duplication ialah ‘an extra copy of gene’. Keadaan Ini menjelaskan
bahawa gene duplication merujuk kepada salinan gen yang muncul berlebihan. Hal Ini telah menyebabkan
ketidaknormalan muncul dalam kromosom dan merintis kepada penyakit.
Selain itu, gene inversion juga menjadi penyebab terjadinya autisme.
Gene inversion merupakan pembalikan gen berlaku. Akibat daripada ini akan
menimbulkan sama ada kesan positif atau kesan negatif dan ini terpulang kepada
kombinasi gen yang muncul selepas gene inversion berlaku. Dalam kes autisme,
gene inversion akan menunjukkan kesan yang negatif. Hal Ini kerana pembalikan
gen ini akan mewujudkan kromosom yang abnormal. Selain daripada yang dijelaskan
di atas, kajian telah menunjukkan bahawa anak-anak kembar monozigot adalah 70%
lebih cenderung untuk menghidapi autisme.
2. Masalah Sebelum Kelahiran
Masalah sebelum kelahiran adalah merujuk kepada teratogen. Teratogen
didefinisikan sebagai agen atau faktor yang menyebabkan kecacatan fizikal pada
embrio yang sedang berkembang atau pada 8 minggu pertama kehamilan. Antara
teratogen yang merintis kepada autisme ialah thalidomide, asid valproik,
misoprostol, dan jangkitan Rubella pada ibu semasa mengandung.
Thalidomide merupakan satu ubat penenang yang efektif dan digunakan
secara meluas di negara-negara barat. Ubat ini akan memberi kesan yang teruk
kepada kandungan sehingga menyebabkan kecacatan fizikal yang amat serius kepada
bayi jika seseorang ibu yang mengandung menamalkannya.
Asid valproik merupakan satu sebatian kimia yang terbukti secara
klinikal untuk digunakan sebagai ubat penstabil emosi mengubati migrain dan
scizophrenia serta merupakan dadah anticonvulsant. Walaupun asid valproik
membawa kepada kebaikan dalam beberapa penyakit, namun ia telah meninggalkan
kesan buruk terhadap wanita jika mengamalkannya semasa kehamilan. Pengambilan
asid valproik semasa kehamilan akan menyebabkan kecacatan dan kerosakan dalam
otak fetus. Ini seterusnya menyumbang kepada penyakit dan ketidaupayaan
selepaas kelahiran.
Pengambilan acid folic oleh wanita yang sedang hamil. Zat ini biasanya
diberikan kepada wanita hamil untuk mencegah kecacatan pada janin. Hasilnya
memang cukup memberangsangkan, kadar kecacatan pada janin menurun sehingga 30%.
Namun, jika diambil berlebihan ia boleh menyebabkan penyakit autisme. Untuk
menggantikan Folic Asid, para ibu yang mengandung disarankan memakan
buah-buahan segar sebanyak mungkin.
Selain itu, misoprostol juga merupakan salah satu teratogen yang
merintis kepada autism. Misoprostol merupakan ubat yang digunakan untuk
mengelakan ulser grastik, mati dalam kandungan dan mencetuskan kelahiran.
Misoprostol adalah tidak sesuai untuk diamalkan oleh wanita mengandung kerana
misoprostol akan meningkatkan pengecutan dan memendekkan otot uterus. Ini akan
membawa kepada kecacatan kandungan.
Jangkitan Rubella pada ibu semasa mengandung juga menyumbang kepada
autism. Rubella merupakan satu penyakit yang terjangkit kerana virus yang
lazmnya terdapat pada tekak, najis dan darah individu tersebut. Jangkitan
Rubella ke atas wanita hamil pada 12 minggu pertama adalah amat membahayakan.
Ini kerana virusnya boleh menembusi sistem pertahanan uri dan masuk ke dalam
janin yang sedang membentuk kepada bayi. Ini akan menjadi ancaman kepada bayi
dalam kandungan kerana pada tempoh masa ini janin adalah belum stabil. Ini
mungkin akan menyebabkan kecacatan yang teruk selepas kelahiran. Contohnya
ialah cacat penglihatan dan pendengaran, masalah jantung serta terencat akal.
Manakala kepada wanita yang terjangkit penyakit Rubella pada peringkat akhir
mengandung, bayi yang dilahirkan mungkin menghadapi masalah pembelajaran
seperti lambat dalam pembelajaran.
3. Masalah Semasa Dan Selepas
kelahiran
Mengikut kajian, autisme juga berkemungkinan besar disebabkan oleh
masalah yang dihadapi semasa kelahiran. Masalah ini merujuk kepada kekurangan
oksigen pada bayi semasa kelahiran. Apabila seseorang wanita bersalin,
kesukaran bayi nak keluar mungkin berlaku. Kesukaran tersebut mungkin
disebabkan oleh tali pusat erbelit pada leher bayi, penucutan otot uterus dan
lain-lain lagi. Ini telah menyebabkan bayi tidak dapat oksigen yang mencukupi
untuk dihantar ke bahagian otak. Ini seterusnya membawa kepada ketidaksempurna
fungsi otak individu tersebut dan ini mungkin merujuk kepada autisme.
Masalah selepas kelahiran yang membawa kepada autisme ialah
encephalitis, dan measles. Encephalitis merupakan infeksi jaringan otak
disebabkan pelbagai jenis mikroorganisma. Virus akan memasuki badan melalui
kulit dan mungkin akan menybar merosakkan otak. Kematian yang disebabkan oleh encephalitis adalah sangat tinggi iaitu
antara 30-50%. Antara 20-40% yang sembuh, mereka mengalami gangguan
penglihatan, atau gejala neurolisis. Manakala kepada yang sembuh tanpa gejala
neurolisis aka mengalami masalah mental dan tingkah laku yang mungkin merupakan
autisme.
Measles atau juga dikenali sebagai demam campak merupakan satu penyakit
yang disebabkan virus. Biasanya, measles akan dihidapi oleh bayi yang berumur
melebihi 1 tahun merupakan penyakit yang amat biasa dijangkiti oleh bayi. Walau
bagaimanapun kalau bayi-bayi jangkitan measles diabaikan dan tidak dijaga
dengan rapi, ia akan membawa kepada maut. Kalau jangkitan tersebut merupakan
jangkitan yang agak serius, ia juga akan menyebabkan gangguan pada system saraf
urat dan merintis kepada autisme.
4. Kerosakan Fungsi Otak
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme mempunyai serebelum yang
lebih kecil. Pada kebelakangan ini, kajian seterusnya telah menunjukkan bahawa
otak mereka adalah lebih besar. Otak mereka mungkin mengalami perkembangan yang
normal sehingga kelahiran tetapi mengalami perkembangan yang amat pesat pada
tahun pertama dan perkembangan mendatar serta berhenti selepas ini.
5. Fungsi Kecelaruan
Autoimmue
Autoimmue merupakan sistem immunisasi yang secara automatik dalam badan.
Kecelaruan autoimmue merujuk kepada ketidakfungsi sistem immunisasi pada
kanak-kanak autisme. Ketidafungsian sistem immunisasi telah menyebabkan
kanak-kanak tersebut tidak dapat mengelakkan diri daripada autisme.
6. Faktor Persekitaran
Faktor persekitaran juga merupakan salah satu penyebab autisme.
Kanak-kanak yang membesar dalam keadaan keluarga yang tidak baik seperti
pertenglikahan ibu bapa yang sering kali berlaku, layanan dingin ibu bapa dan
pengabaian ibu bapa terhadap anak-anak mempunyai peluang yang tinggi untuk
menghidapi autisme. Ini kerana keadaan yang macam itu telah memupuk ciri-ciri
autistik seperti cenderung menyendiri dan kurang upaya untuk bergaul atau
bermain dengan orang lain.
Tidak ketinggalam juga, pencemaran dan toksin dalam persekitaran juga
boleh menyebabkan berlakunya autisme. Contohnya, didapati berlakunya kadar
autisme yang tinggi di sebuah bandar kecil di Loemenster, Massachustts, iaitu
tempat terdapatnya kilang pengeluar cermin mata yang mengeluarkan asap yang
banyak. Hal ini membuktikan persekitaran yang tercemar boleh menyebabkan
terjadinya autisme kepada seseorang individu.
7. Vaksin Yang Mengandungi Thimerosal
Thimerosal adalah zat pengawet yang digunakan sebagai vaksin. Ada
pendapat yang mengatakan bahwa jika terlalu banyak vaksin Hepatitis B yang
termasuk dalam MMR (Mumps, Measles dan Rubella) boleh mengakibatkan anak
mengidap penyakit autisme. Ini kerana vaksin ini mengandung zat pengawet
Thimerosal, yang terdiri dari Etilmerkuri yang menjadi penyebab utama sindrom
Autisme Spectrum Disorder. Biasanya, vaksin mengandungi plumbum, merkuri dan
aluminium. Bahkan sesetengah vaksin ditambah dengan ekstrak punggung babi,
anjing dan monyet yang kebanyakannya diimport dari luar Negara.
8. Makanan
Makanan menjadi penyumbang utama terhadap pelbagai penyakit termasuk
autisme. Ini kerana pelbagai bahan kimia dan bahan pengawet terdapat disetiap
makanan yang kita beli di pasaraya. Lebih-lebih lagi kadar melamin yang agak
tinggi di setiap makanan bersusu dan berperisa coklat.
Sesetengah makanan ringan pula mengandungi plumbum, merkuri dan aluminium yang
jika diambil berpanjangan akan menjejaskan sistem saraf kanak-kanak sehingga
otak kanak-kanak tersebut menjadi lemah atau hyperaktif. Pada tahun 1970an,
seorang pengkaji makanan bernama Dr. Feingold telah menyaksikan peningkatan kes
ADHD (Attention Dificit Hyperactivity Disorder) dalam skala yang sangat besar.
Sebagai seseorang yang pernah hidup di era tahun 1920an hingga 1930an, beliau
masih ingat bahawa kes ADHD nyaris tidak ada sama sekali di zaman tersebut.
Dr. Feingold berpendapat punca kes ADHD meningkat ialah kerana makanan
moden yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat besar yang kebanyakannya
mengandungi bahan pengawet dan bahan kimia yang berlebihan. Sejak Dr. Feingold
membongkar bahan kandungan yang digunakan oleh industri pemakanan, semenjak itu
beliau di khianati oleh The Nutrition Faundation, di mana Coca-Cola, Kraft Food
dan beberapa syarikat besar idustri makanan adalah ahlinya. Namun, beliau tetap
tidak putus - putus menulis buku tentang bahaya makanan moden.
Ciri-ciri Autisme
1. Masalah Komunikasi
Kanak
- kanak autisme tidak menunjukkan sebarang perkembangan bahasa dalam komunikasi
mereka seperti kanak - kanak lain.perkembangan bahasa mereka juga lambat atau tiada langsung
berbanding kanak – kanak lain yang normal. Mereka jarang menggunakan bahasa
yang sesuai untuk bertutur,sukar untuk diajak berbicara. Mereka juga kadang
kala menuturkan sesuatu tetapi untuk seketika sahaja. Mereka kelihatan seperti
bermasalah pendengaran dan mereka tidak mengendahkan perkara yang diperkatakan
oleh orang lain. Tahap kefahaman bahasa mereka adalah rendah manakala
penggunaan bahasa mereka pula terbantut. Mereka sering mengulangi ungkapan yang
telah didengari oleh mereka. Contohnya, jika seseorang bertanyakan “sudah
mandi”, mereka akan menjawab “sudah mandi”. Pengulangan ini dinamakan sebagai
“ekolalia” yang merujuk kepada keadaan mereka yang tidak pandai menggunakan
bahasa dengan kreatif seperti tidak dahaga, sudah kenyang, sudah makan, dan
sebagainya.
2. Interaksi Sosial
Kanak
– kanak ini suka bersendirian. Mereka lebih gemarmenjauhkan diri dan duduk di
sesuatu sudut tertentu. Mereka menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan
orang lain. Mereka sering menghabiskan masa dalam dunia mereka sendiri.mereka
tidak pernah memulakan sebarang bentuk interaksi sosial dan mereka juga tidak
menunjukkan kebolehan spontan dengan orang lain. Ibu bapa sukar untuk
menjalinkan kemesraan dengan mereka kerana mereka tidak suka dibelai, dipeluk,
dan dicuim. Mereka tidak memberi sebarang gerak balas terhadap kemesraan yang
ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Mereka seperti orang pekak, buta, dan bisu.
Selain itu, mereka juga selalu mengelak daripada bertentang mata dengan orang
lain. Mereka akan bergelut jika ibu bapa ataupun penjaga cuba membuat
pertentangan mata dengan mereka.
3. Pola Bermain
Tingkah
laku mereka aneh dan berlainan daraipada kanak – kanak normal. Mereka mampu
duduk dalam sesuatu kedudukan untuk jangka masa yang lama. Mereka akan
mendengar bunyi tertentu seperti bunyi ketukan meja berkali – kali. Mereka juga
leka bermain dengan barang yang diminati oleh mereka selama berjam – jam.
Mereka akan marah dan baran apabila barang yang diminati oleh mereka itu diambil,
dialih, ataupun hilang.mereka juga menunjukkan pelbagai ragam seperti menepuk
tangan dan menjengkitkan kaki ketika berjalan. Mereka turut suka memutarkan
sesuatu benda seperti tudung botol. Sesetengah daripada kanak – kanak autisme
akan menghabiskan masa mereka dengan memutarkan sesuatu seperti tayar kereta
mainan, blok kayu, pensil, dan sebagainya secara berterusan.
4. Gangguan Deria
Individu
autisme mempunyai kecacatan dan kekurangan di dalam satu atau lebih dalam deria
mereka. Antara deria tersebut adalah deria auditori, visual, sentuhan, rasa,
vestibular, olfaktori, dan proprioseptif. Semua deria ini akan menjadi
hipersensitif atau hiposensitif dan menyebabkan individu tersebut mengalami
gangguan seperti bunyi berdesing di telinga.lebih kurang 40% daripada mereka
tidak selesa dengan frekuensi bunyi yang tertentu. Mereka akan menutup telinga
jika mendengar bunyi bayi menangis atau bunyi kenderaan bermotor seperti bunyi
kereta. Selain itu, mereka juga akan mengelak pelbagai bentuk sentuhan seperti
dipegang, dipeluk dan tidak sensitif terhadap rasa sakit atau takut.
5. Tingkah Laku
Ketidakfungsian
tingkah laku berlaku kepada kanak – kanak autisme seperti rangsangan kendiri
tingkah lak, iaitu pengulangan tingkah laku yang tidak bermatlamat seperti
menggoyangkan tangan dan menghantukkan kepala mereka. Mereka mempunyai masalah
untuk tidur, makan, hubungan mata yang lemah, hiperaktif atau hipoaktif dan
kurang menumpukan perhatian. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai daya ingatan
yang kuat untuk menghafal. Mereka juga sangat tertarik dengan kebisingan dan
objek yang bergerak berulang – ulang kali. Contohnya, mereka tertarik dengan
bunyi telefon mainan dan mereka akan mengetuk sesuatu seperti blok kayu untuk
membuat bunyi.
6. Emosi
Emosi
kanak – kanak autisme sangat sukar untuk diramal dan kerap berubah – ubah.
Mereka sering ketawa, menangis, dan marah tanpa sebab. Mereka akan mengamuk
jika kemahuan mereka tidak dituruti. Mereka akan merosakkan semua benda yang
berada berdekatan dengan mereka serta menyerang sesiapa sahaja yang berada
berhampiran dengan mereka jika emosi mereka terganggu. Mereka juga tidak
mempunyai perasaan simpati dan memahami perasaan orang lain.