Wednesday, 12 February 2014

Keperluan Aspek Moraliti Dalam Kalangan Remaja

DEFINISI MORALITI

Moral merujuk kepada suatu kesedaran tentang perkara yang betul ataupun salah. Hal ini berkait rapat dengan tatahukum, tatasusila, atau tatatertib yang diwujudkan di luar diri seseorang individu. Terdapat beberapa peraturan konkrit masyarakat yang diwujudkan oleh autoriti dalam masyarakat. Misalnya, budaya Timur lebih bersopan - santun daripada budaya Barat.
            Terdapat tiga komponen dalam aspek perkembangan moral, iaitu komponen kognitif, komponen afektif ataupun emosi, dan komponen tingkah laku. Komponen kognitif melibatkan pemikiran. Hal ini merujuk kepada kebolehan seseorang individu berfikir tentang sesuatu yang betul dan salah. Contohnya, seseorang individu dapat berfikir kesan daripada mencuri wang ataupun barang.
            Komponen seterusnya ialah komponen afektif atau emosi. Dalam komponen ini, unsur – unsur perasaan telah terlibat. Antaranya adalah perasaan kasih sayang, marah, sedih, dan sebagainya. Perasaan – perasaan ini sangat penting untuk melahirkan individu yang mempunyai moral yang tinggi. Sebagai contoh, seseorang remaja itu ingin merokok, dia akan berada dalam dilema untuk sama ada untuk meneruskan niat tersebut ataupun tidak kerana perasaan serba salah sedang menguasainya.
            Komponen yang terakhir ialah komponen tingkah laku. Komponen ini menggambarkan cara kita bertingkah laku. Apabila kita berfikir perkara tersebut betul, maka kita akan bertindak untuk melakukan sesuatu perkara tersebut. Pemikiran kita akan mengawal tingkah laku kita. Contoh, apabila kita mendapat peluang untuk menipu, kita akan bertindak untuk menipu bagi melepaskan diri daripada terlibat dengan masalah.

            Mengikut Teori Moral Piaget, perkembangan intelek berlaku secara berasingan dalam struktur kognitif seseorang individu dengan individu yang lain. Seseorang individu memperoleh kefahaman tentang sesuatu perkara melalui interaksi mereka dengan persekitaran. Persekitaran merujuk kepada masyarakat dan orang sekeliling. Misalnya, pelajar akan mendapat maklumat yang lebih mendalam apabila dia kerap berhubung dengan guru dan rakan – rakannya.

KEPENTINGAN ASPEK MORALITI DALAM KALANGAN REMAJA

1. Melahirkan Remaja Berakhlak Tinggi

Terdapat banyak kepentingan yang dapat dilihat apabila seseorang remaja itu memupuk sifat moraliti yang tinggi dalam diri mereka. Antara kepentingannya ialah remaja yang bakal dilahirkan melalui nilai moraliti yang tinggi akan mempunyai akhlak yang tinggi. Akhlak yang tinggi di sini bermaksud remaja itu akan mematuhi segala aturan dalam dunia ini dengan melakukan perkara yang baik dan berfaedah sahaja kepada masyarakat dan tidak mengundang bahaya kepada orang lain. Misalnya jika seseorang remaja mempunyai akhlak yang tinggi yang lahir kesan dari nilai moraliti yang tinggi, maka masalah sosial remaja dapat dikurangkan seperti masalah yang sangat membimbangkan ramai pihak sejak kebelakangan ini iaitu masalah pembuangan bayi. Masalah sebegini berlaku kerana nilai moraliti dalam diri remaja itu masih lagi rendah sehingga tidak dapat membezakan yang baik dan buruk serta pahala dan dosa sesuatu perbuatan yang dilakukannya. Maka remaja pada masa sekarang tidak segan silu melakukan perbuatan terkutuk itu. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia jumlah kes pembuangan bayi semakin meningkat saban tahun. Hal ini amat membimbangkan jika dibiar berterusan. Oleh hal yang demikian, nilai moraliti yang tinggi dalam diri remaja perlu dipupuk sejak awal lagi agar masalah ini dapat dibendung lebih awal sebelum menjadi lebih teruk bak kata pepatah ‘mencegah lebih baik dari merawat’.


2. Senang Berbincang

Selain itu, kepentingan lain yang dapat dilihat jika seseorang individu termasuklah remaja yang mempunyai nilai moraliti yang tinggi ialah mereka senang untuk dibawa berbincang tentang semua hal tidak kira lah politik,kewangan, mahupun agama.Maksudnya di sini ialah individu yang mempunyai moraliti tinggi khasnya remaja amat mudah dibawa berbual dan berbincang tentang segala hal kerana mereka akan mudah menerima teguran dan memberikan pandangan jika diperlukan dengan bernas dan terperinci.Sebagai contoh jika setiap individu mempunyai nilai moraliti yang tinggi dalam diri mereka,mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain dan berfikir serta mencari kebenaran kata-kata seseorang itu.Jika seseorang individu itu mempunyai nilai moraliti yang rendah maka individu terbabit akan bertindak dan terpengaruh dengan kata-kata orang lain bak kata pepatah ‘seperti lembu dicucuk hidung’ yang bermaksud mengikut apa sahaja yang disuruh orang lain tanpa berfikir.Kesannya seperti peristiwa yang berlaku di ibu negara iaitu rusuhan Bersih 3.0 yang sangat mencemarkan imej negara sebagai negara yang aman dan berdaulat.Rusuhan Bersih 3.0 ini telah tercetus akibat dari tindakan segelintir masyarakat yang terlalu taksub dengan sesebuah parti politik dan bertindak mengikut kata-kata orang yang dihormati mereka sedangkan mereka hanya dijadikan anak patung dan alat sahaja.Jika nilai moraliti dalam diri setiap  individu tidak dibentuk dari awal peristiwa hitam sebegini pasti akan berlaku lagi.


3. Jati Diri Kuat

Seterusnya kepentingan nilai moraliti yang tinggi dalam masyarakat amnya dan remaja khasnya ialah individu terbabit akan mempunyai jati diri yang kuat. Jati diri yang kuat akan menjadi pegangan kepada individu itu sendiri supaya tidak terkeluar dari landasan yang betul dan benar. Maksudnya di sini ialah jika moraliti tinggi dalam individu terbabit maka individu itu tidak akan mudah terikut dengan budaya barat yang sememangnya bertentangan dengan budaya orang timur. Sebagai contoh di negeri barat terdapat budaya yang sangat bertentangan dengan budaya orang timur dan ditentang keras oleh orang timur iaitu amalan ‘mencuba dara’.Bagi orang Barat amalan sebegini sudah biasa bagi mereka untuk melihat sama ada seseorang lelaki atau wanita itu mandul tetapi di Timur budaya sebegini ditolak sekeras-kerasnya kerana tidak dibenarkan mengikut hukum syarak. Jika amalan sebegini tidak dibendung maka masalah yang lebih teruk akan berlaku dan mengundang malapetaka. Erti kata lain nilai moraliti yang tinggi perlu ditanam dan dipupuk dalam setiap individu demi kebaikan semua.
           
 4. Wujud Masyarakat Prihatin

Akhir sekali,kepentingan aspek moraliti yang tinggi dalam kalangan remaja pada zaman sekarang ialah akan mewujudkan masyarakat yang prihatin.Nilai moraliti yang tinggi dalam diri remaja akan mewujudkan banyak sifat postif seperti sabar,pemurah dan sebagainya.Tetapi sifat positif yang paling ketara apabila nilai moraliti tinggi dalam diri individu ialah wujud masyarakat yang prihatin.Maksud di sini ialah apabila nilai moraliti dalam diri individu itu tinggi maka akan wujud sifat empati dalam diri individu itu sendiri.Sifat empati dalam diri ini bermaksud meletakkan diri kita sebenar dalam situasi yang sukar.Sifat empati ini penting kerana lama-kelamaan sifat positif yang lain turut akan timbul seperti rasa kasih sayang dan bersyukur.Apabila sifat positif ini ada maka remaja itu sendiri akan lebih menghargai dan menyayangi orang yang berada di sekelilingnya dan secara tidak langsung masalah sosial seperti meragut yang melibatkan golongan remaja akan berkurangan.Hal ini demikian kerana remaja akan belajar menghormati orang lain dengan menganggap orang lain adalah adik beradik mereka atau ahli keluarga mereka yang perlu mendapatkan hak yang sama seperti orang lain.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN MORALITI REMAJA

1. Ibu bapa

Sikap  ibu bapa  ataupun  penjaga  akan  mempengaruhi  pembentukan  moraliti  anak-anak  mereka.  Hal ini kerana, proses  pembesaran  kanak-kanak  adalah  bermula  daripada  pendidikan  yang  diterima  oleh  institusi  kekeluargaan  mereka,  fokusnya  para  ibu bapa.  Kejayaan  dan  keharmonian  sesebuah  institusi  keluarga  berkait  rapat dengan  kualiti  kepimpinan  ketua  keluarga  khususnya  bapa  yang  menjadi  tunggak  dalam  sesebuah  keluarga  tersebut.  Begitu juga dengan  tuntutan  agama  yang  meletakkan  suami  isteri  ataupun  ibubapa  pembentuk  sahsiah  anak-anak  yang  bertanggungjawab  untuk  memastikan  anak-anak  di  bawah  jagaannya  mendapat  keperluan  asas  yang  terbaik  dan  didikan  mengikut  jalan  yang  diredhai  oleh  penciptanya.
Maka  dengan  sebab  itu,  ibubapa  haruslah  mempamerkan  contoh  teladan  yang  baik  kepada  anak-anak  mereka  kerana  itulah  yang  akan  dinilaikan  oleh  mereka  sama  ada baik  ataupun  buruk.  “Sebagaimana  acuan   begitulah  hasilnya”.  Dalam  proses perkembangan  moraliti  seseorang  anak-anak  di alam  remaja,  sokongan  para  ibubapa  amatlah  penting  untuk  membimbing  dan  membina  pemikiran  anak-anak  membantu  mereka  menilai  dan  membuat  keputusan  sebelum  bertindak  ke atas  sesuatu. Disamping itu, ibu bapa  bukan  sahaja  menjadi  pembimbing  anak-anak  mereka,  malah  cuba  menganggap  anak-anak  itu  sebagai  kawan  yang  patut  diberi  perhatian.

2. Masyarakat

Masyarakat merupakan kehidupan  manusia  dalam  kelompok  tertentu  dengan nilai  budaya  yang  tertentu. Kelompok  masyarakat  sebenarnya  mempunyai  peranan  dan  pengaruh  yang  sangat  besar   dalam  proses  perkembangan   moraliti  semua  insan  yang terdapat  di dalam  kelompok  itu. Remaja yang menerima pendidikan formal di sekolah telah melihatkan  bahawa  mereka  mempunyai  nilai moral yang lebih baik berbanding  dengan  remaja  tidak  bersekolah. Dalam  hal  ini,  masyarakat  yang  paling  berperanan  untuk  membentuk  dan  mendidik  kembali  pelajar-pelajar  tersebut  ke  arah  yang  betul  adalah  guru-guru. Masyarakat  guru-guru  di  sekolah  ini  dikatakan   bertindak  sebagai  autoriti  sosial,  ataupun  orang  tengah   penghubung  pelajar-pelajar  tersebut  dengan  masyarakat  luar  sekolah.   Peranan  guru  dalam  membina   dan  memperbetulkan  balik  akhlak  pelajar  bermasalah  ini  adalah  sangat  perlu  sebelum  kelakuan  moral  pelajar  tersebut  menjadi  parah.
Masyarakat  sekolah  khususnya  guru  ini  juga  dapat  membina  kemahiran  pelajar  yang  positif  di  peringkat  sekolah  melalui  kursus  kepimpinan  yang  dijalankan  di  sekolah  umpamanya,  kursus  motivasi,  kursus  kerjaya  dan  menyertai  kegiatan  kokurikulum  yang  berupaya  membina  keyakinan  pelajar  ke arah  yang  lebih  baik.  Maka,  para  pelajar  dapat  manfaatkan  masa  mereka  dengan  mempelajari  sesuatu  yang  berfaedah.  Maka  dalam  hal  ini,  guru  adalah  masyarakat  yang  menjadi  pembakar  semangat  kepada  para  pelajarnya  untuk  Berjaya  di  hari  muka.  Oleh  yang  demikian,  peranan  guru  amatlahh tek  ternilai  dalam  membentuk  pemikiran  pelajar  yang  akhirnya  diharapkan  dapat  melahirkan  insan  yang  mempunyai  moraliti  yang  tinggi.      
Bagi  remaja  yang  tidak  bersekolah,  mereka  lebih  mudah  terpedaya  untuk  melibatkan  diri  dengan  gejala  sosial   kerana  pemikiran  mereka  lebih  lemah  berbanding  pelajar  yang  bersekolah.  Dalam  masalah  ini  pula,  masyarakat  setempat  sepatutnya  memberi  nasihat  dan  pandangan  terhadap  mereka  di  samping  meyokong  mereka  dalam  melakukan  sebarang  perkara  yang  berfaedah  seperti  bersukan  pada  masa  lapang,  menyediakan  peluang  pekerjaan  yang  mampu  dilakukan  oleh  mereka.  Jika  masyarakat masing-masing  berdiam  diri  dan  hanya  menuding  jari  semata-mata,  maka  moraliti  yang  dipamerkan  oleh  golongan  ini  akan  semakin  parah.

3. Budaya  dan  Persekitaran

Faktor  budaya  dan  juga  adalah  antara  penyumbang  kepada  perkembangan  moraliti  remaja.  Di Malaysia, pelbagai budaya yang diamalkan oleh rakyat. Pantang larang setiap kaum telah mempengaruhi perkembangan moraliti remaja. Contohnya amalan bersedekah menjadi budaya bagi umat islam. Hal ini telah mempengaruhi nilai moraliti remaja kerana remaja tersebut akan bersedekah bila melihat kesusahan orang lain seterusnya dapat muhasabah diri dan rasa bersyukur sebab ada orang lain yang lebih susah. Contoh lain pula seperti kaum india percaya bahawa  mereka  tidak  boleh  memotong  rambut  dan  memakan  ayam  selepas  kematian  ibu bapa  mereka  dan  jika  kepercayaan  ini  dilanggar,  maka  ia  dianggap  satu  pelanggaran  moral  yang  sangat  serius. Tetapi,  bagi  orang  amerika,  peraturan   tersebut  tidak  membawa  apa-apa  kesan  jika  dilanggar. Berdasarkan  contoh  tersebut  budaya adalah  dititikberatkan  dalam  sesetengah  masyarakat  dan  boleh  dikatakan  masyarakatnya wajib  mematuhi  peraturan  tersebut  sebagai  tanda  penghormatan  mereka  terhadap  agama,  budaya  dan  adat  resam  mereka.


4. Rakan  Sebaya

Di  alam  perkembangan  remaja,  faktor  rakan  sebaya  amatlah  mempunyai  pengaruh  yang  sangat  besar  dalam  perkembangan  moraliti  seseorang  remaja  lain.  Rakan  sebaya  di anggap  tempat  yang  paling  akrab  pada  masa  ini,  terutamanya  pada  peringkat  pertengahan  remaja. Pada  masa  ini remaja  lebih  cenderung  berkongsi  masalah  dengan  rakan  sebayanya  mengenai  seuatu  masalah.  Faktor  pemilihan  rakan  sebaya  adalah  sangat  penting  kerana  perasaan  ingin  mencuba  pada  saat  ini  cukup  mencabar.  Perasaan  seks  yang  kuat  boleh  mendorong  seseorang  remaja  itu  untuk  melakukan  perbuatan  di  luar  batasan  pemikiran  manusia. Selain itu, jika seseorang remaja mempunyai rakan yang baik seperti rajin pergi kes surau, maka sedikit sebanyak remaja tersebut turut akan terpengaruh dan mempunyai sifat yang baik seperti rakannya itu.


                         Moral mencerminkan peribadi seseorang manusia



No comments:

Post a Comment