Hari ini saya nak perkenalkan Negeri Perlis. Negeri Perlis merupakan negeri kelahiranku. Walaupun Negeri Perlis merupakan negeri terkecil di Malaysia, namun terdapat banyak tarikan yang boleh dikongsi jika anda melawat Perlis.
SEJARAH PERLIS INDERA
KAYANGAN
Perlis dahulunya dikenali sebagai "kayang"
atau "kayangan", dan nama Perlis diberi bersempena dengan nama
seorang tua yang dianggap mempunyai keramat, iaitu "Tok Perlis". Ada
juga versi lain bagaimana Perlis mendapat nama,berkemungkinan ianya berasal
dari perkataan siam "Phrau Loi" yang bermaksud kelapa hanyut, kelapa
hanyut ini dikatakan banyak dijumpai oleh orang-orang siam yang menggunakan
laluan kuala sungai Perlis untuk ke Kedah. Sebutan "Phrau Loi" ini
bila disebut oleh masyarakat tempatan akhirnya menjadi "Perleh".
Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah
naungan negeri Kedah.
Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan
kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh
ideologi Islam yang
mengambil alih pengaruh agama
Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana
berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.
Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang
menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan
mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato'
Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan:
Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama
pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di
tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu,
bertentangan dengan Selat Melaka di barat, di timur laut Songkhla. Namun
terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih
luas dari itu.
Pendudukan Siam ke
atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan
serangan dan tindak balas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya
telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada
pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu
dan Perlis.
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik
sebagai Gabenor,
manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik
bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari
status tanah jajahan kepada status sebuah
negeri naungan.
TARIKAN PELANCONGAN
DI SEKITAR PERLIS
Untuk menarik lebih
ramai pelancong dengan mengekploitasi potensi dan sumber semulajadi negeri
Perlis, Jabatan Pelancongan telahpun memperkenalkan “Tujuh Pesona Perlis”
(Antaranya termasuklah Panorama, Taman Ular, Harumanis, Makanan dan Makanan
Laut, Tarikan Sempadan, Mengintip Burung Pengembaraan Hutan .
Slogan "Negeri
Permai Lagi Mempesona" merupakan
ungkapan yang paling tepat untuk mengambarkan keindahan dan kedamaian negeri
Perlis. Berbekalkan landskapnya yang menghijau dan permai, Perlis menawarkan
sesuatu yang menarik buat pencinta alam sekitar.
Berikut merupakan tempat-tempat pelancongan di Perlis
:-
Taman & Hutan
- Hutan Lipur Bukit Ayer
- Lipur Bukit Kubu
- Taman Rekreasi Bukit Jernih
- Taman Rekreasi Gua Kelam
- Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat
- Rekreasi Tasik Melati
- Taman Rekreasi Tasik Timah Tasoh
- Taman Ular dan Reptilia
- Gua Cenderawasih
Makanan
- Harumanis
- Anggur Perlis
- Laksa Kuala Perlis
Tempat
- Padang Besar
- Wang Kelian
IKLIM NEGERI PERLIS
Perlis iklim mempunyai
iklim monsun tropika dan suhu adalah seragam dalam lingkungan 21 OC kepada 32 OC,
manakala cuaca biasanya kering dan panas dengan kelembapan di kawasan tanah
rendah di antara 82% hingga 86%. Purata hujan tahunan negeri ini adalah sekitar
2500 mm dengan bulan-bulan yang paling basah dari Mei hingga Disember. Anda
boleh melawat Perlis sepanjang tahun, tetapi ia adalah lebih baik untuk
mengelakkan melawat Perlis pada bulan paling basah iaitu dari Mei hingga
Disember.
Satu
panorama indah yang terdapat di Perlis ialah perlis turut mengalami musim
luruh. Anda boleh lihat daun-daun menguning dan berguguran seperti hujan yang
turun membasahi bumi.
No comments:
Post a Comment