Thursday, 6 March 2014

SEREBRAL PALSI

DEFINISI SEREBRAL PALSI

Menurut kamus networld cerebral palsi bermaksud kehilangan atau kekurangan kawalan motor iaitu
tidak berupaya untuk mengawal kekejangan. ``cerebral’’ bermaksud otak manakala ``palsi’’ bermaksud masalah dengan kawalan tubuh. Secara umum,cerebral palsi bermaksud ketidakupayaan seseorang untuk menggunakan sebahagian anggota badan disebabkan kecederaan yang terdapat pada otak. Terdapat beberapa jenis serebral palsi iaitu, spastic, spastic ataksik, spastic diskinetik, dan spastic campuran. Spastic merupakan jenis yang paling kerap terjadi dalam kalangan individu yang mengalami serebral palsi.


BAHAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS SEREBRAL PALSI


                Terdapat pelbagai bahan yang boleh digunakan untuk mengajar murid – murid bagi meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Kemahiran ini penting bagi membolehkan motor halus mereka berfungsi dengan baik. Antaranya :-

        1. Ikat Tali Kasut

Ikatan tali kasut juga mampu meningkatkan kemahiran motor halus kanak – kanak. Bahan – bahan yang digunakan juga mudah dan boleh dibuat sendiri. Guru perlu menmyediakan tali dan model kasut. Kemahiran ini tidak hanya tertumpu kepada motor halus murid – murid sahaja malah kaedah ini mampu meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid – murid tahun satu yang mengalami serebral palsi.

2. Doh

Selain itu, guru juga boleh mengajar murid – murid membuat doh. Guru – guru boleh mengadunkan doh terlebih dahulu dan memberikan doh yang telah siap kepada murid. Guru perlu mengajar murid – murid meramas, mencubit, memicit, dan menguli doh tersebut. Kemahiran ini penting bagi menguatkan otot – otot jari murid bagi memudahkan murid tersebut memegang sesuatu dengan baik seperti memegang pensel.

3. Menggunting

Akhir sekali, guru boleh mengajar murid menggunting kertas berdasarkan bentuk yang dibuat oleh guru seperti bentuk, nombor, huruf, dan sebagainya. Kemahiran ini juga akan meningkatkan kemahiran motor halus murid – murid di samping meningkatkan fokus koordinasi mata dan tangan semasa memegang gunting dan melihat bentuk yang ingin dipotong. Guru harus memerhati murid semasa mereka menggunakan gunting bagi mengelakkan sebarang kecederaan semasa aktiviti dijalankan.

No comments:

Post a Comment