Definisi Neuropsikologi
Neuropsikologi
ialah suatu ilmu yang mempelajari hubungan antara otak dan perilaku, disfungsi
otak dan perilaku, dan melakukan pentaksiran dan rawatan untuk perilaku
dengan fungsi otak yang terganggu. Secara umumnya, neuro atau otak mempunyai
kaitan dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang individu. Jika
seseorang individu mengalami gangguan pada otak, hal ini akan menyebabkan mereka
menunjukkan ciri-ciri tingkah laku yang tidak normal seperti kanak-kanak
autisme yang mampu melakukan perkara yang sama dalam tempoh masa yang lama.
JENIS-JENIS KETIDAKUPAYAAN YANG MELIBATKAN MASALAH
PEMBELAJARAN JENIS NEUROPSIKOLOGI
DISLEKSIA
Disleksia ialah
mereka yang mengalami kesukaran dalam membaca kerana mereka tidak dapat
menterjemah lambang-lambang bertulis dengan betul samada dalam bentuk huruf itu
sendiri,dala suku kata ataupun perkataan-perkataan.Dyslexia berasal daripada
gabungan dua perkataan Yunani iaitu Dys yang bermakna kesukaran ataupun
kesusahan dan lexis yang bermaksud bahasa atau pertuturan.Sekiranya dua
perkataan ini digabungkan ia membawa erti kesusahan atau kesukaran dalam
bahasa.
Selain mengalami masalah untuk membaca,golongan
Disleksia ini juga menghadapi kesukaran untuk menulis,mengeja dan mengira.Namun
ramai yang tidak menyedari golongan Disleksia ini dan mengelar golongan ini
sebagai bodoh,malas dan lembap.Disleksia mempunyai tiga tahap iaitu tahap
ringan,sederhana dan juga teruk.Disleksia ini bukanlah penyakit dan tidak
memerluka ubat untuk merawatnya.
AUTISME
Autisme
merupakan fenomena yang masih menyimpan banyak rahsia walaupun telah diteliti
lebih daripada 60 tahun yang lalu. Sehingga saat ini, punca dan sebab utama
berlakunya gejala ini belum dapat dikenal pasti dengan jelas. Oleh sebab itu,
sehingga kini pakae-pakar perubatan belum dapat mengenal pasti cara pencegahan
mahupun mengemukakan kaedah untuk menangani gejala ini dengan tepat dan
berkesan. Pada awalnya, autisme dipandang sebagai gangguan yang disebabkan
faktor psikologi. Namun pada sekitar tahun 1960-an, menurut penelitian
neurologi, autisme adalah disebabkan berlakunya ketidaknormalan pada otak
seseorang individu tersebut.
ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVE DISORDER (ADHD)
Golongan
ini merupakan golongan yang hiperaktif dan sukar untuk memusatkan perhatian. ADHD
merupakan satu gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau
menfokuskan terhadap sesuatu benda.Sebagai contoh,seorang murid itu mungkin
normal,cerdas dan bijak tetapi tidak dapat menumpukan perhatian dan mengawal
tingkah laku mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment