Saturday, 15 February 2014

Perkembangan


DEFINISI  PERKEMBANGAN

Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan secara kualitatif yang berlaku secara berterusan dari lahir sehingga ke akhir hayat. Hal ini dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Perubahan ini tidak boleh dikur secara kuantitatif, tetapi boleh dilihat dengan membandingkan sifat terdahulu dengan sifat yang sedang dibentuk. Perkembangan manusia merupakan proses yang rumit sehingga kita meninggal dunia. Proses ini menunjukkan satu hubungan rapat antara struktur badan manusia, tugas – tugas setiap anggota dan kematangan sistem saraf. Misalnya, seorang bayi tidak akan dapat berjalan walaupun dilatih setiap hari. Hal ini demikian kerana system saraf bayi masih belum matang untuk berfungsi.  Perkembangan setiap anggota tubuh badan mempunyai hubungan rapat dengan perkembangan badan keseluruhannya.
Penilaian pula boleh disimpulkan sebagai satu proses atau sistem yang meliputi aktiviti – aktiviti pengumpulan maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan. Hal ini demikian kerana keputusan yang diperoleh ini dapat digunakan untuk mengambil tindakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Proses ini dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kerana setiap ketidakupayaan kanak – kanak telah dikenal pasti.


JENIS – JENIS INSTRUMEN PENILAIAN

1. Denver Developmental Screening Test
            Jenis ini telah diasaskan oleh Frankenburg, Dodds, dan Fandal pada tahun 1975. Penilaian ini mengambil masa 15 hingga 20 minit dan digunakan kepada kanak – kanak yang berusia dua minggu hingga enam tahun. Hal ini menilai 107 kemahiran yang disusun dalam empat aspek perkembangan sahaja iaitu, aspek motor kasar, motor halus – adaptif, bahasa dan sosial peribadi. Penilaian ini telah melahirkan Denver II. Denver II diasaskan oleh Frankenburg, Dodds, Archer, Shapori, dan Bresnick pada tahun 1990. Instrumen ini mempunyai 125 item kemahiran dan terdapat pertambahan item dalam aspek bahasa. Antara barang yang digunakan ialah bola daripada benang merah, sekotak manik, gemerincing, botol kecil, loceng, bola tenis, dan lapan blok kiub.

        2. Batelle Developmental Inventory Screening Test

            Instrumen ini diasaskan oleh Newborg, Stock, Wnek, Guidubal, dan Suinki pada tahun 1989. Jenis ini menilai dari bayi sehingga umur lapan tahun. Aspek yang dinilai dalam instrumen ini ialah motor, tingkah laku adaptif, bahasa dan sosial peribadi.

         3. Developmental Skills Inventory
            Jenis ini dibangunkan melalui Macquari Program for Developmentally Delayed Children pada tahun 1990. Jenis ini menilai kanak – kanak yang terencat dalam perkembangan. Instrumen ini menilai kanak – kanak dari bayi hingga ke lima tahun. Terdapat lima aspek yang dinilai iaitu, motor kasar, motor halus/ kognitif, bahasa resepsif, bahasa ekspresif, dan sosial peribadi.

4. Programming for Early of Children with Disabilities
            Instrumen ini dibangunkan oleh University of Illinios dan Urbana – Campaign Campus pada tahun 1995. Hal ini ditadbir untuk kanak – kanak yang tidak upaya dan berumur dari bayi ke enam tahun. Jenis ini menilai lima aspek perkembangan iaitu, motor kasar, motor halus, bahasa, pengetahuan am, dan persediaan untuk bersekolah dan sosial.

No comments:

Post a Comment