Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, 8 December 2015

Kajian Bahasa : Dialek Sosial 'Whatsapp' Dalam kalangan Mahasiswa

Oleh : Haniff Asyraf

Bahasa Mencerminkan Keperibadian Seseorang


PENDAHULUAN

Umum mengetahui bahawa negara kita iaitu Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang bangsa. Antara kelompok bangsa yang besar ialah masyarakat Melayu, Cina, dan India. Selain itu, terdapat juga masyarakat bumiputera yang lain seperti masyarakat Orang Asli. Mereka menggunakan bahasa ibunda mereka tersendiri untuk berkomunikasi dengan orang lain. Namun demikian, kedudukan bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang tinggi di Malaysia. Penggunaannya yang meluas telah menyebabkan bahasa ini tersebar dengan cepat. Hasilnya, bahasa utama yang diserap ini telah dipecahkan kepada beberapa subbahasa. Subbahasa ini muncul disebabkan oleh faktor pengguna dan penggunaan (Halliday, 1968). Kedua-dua faktor ini telah menyebabkan berlakunya variasi bahasa. Perbezaan yang timbul ini telah menarik minat para pengkaji untuk mengkaji aspek variasi bahasa yang dipengaruhi oleh masyarakat. Oleh itu, muncullah dialek geografi dan dialek sosial. Dalam kajian ini, kita akan memperkatakan tentang dialek sosial.
 
1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang kajian

Secara definisi, dialek sosial merujuk kepada kelainan bahasa yang dapat dibezakan secara tegas daripada bahasa yang lain melalui ciri lafaz, kosa kata dan tatabahasa disebabkan oleh kumpulan penutur (Matthews & Holmes, 1992 : 140). Menurut Asmah Hj Omar (1991 :31), dialek-dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia telah dikelompokkan kepada lima kawasan utama iaitu kelompok barat daya yang terdiri daripada kelompok Kedah, Perlis, Pulau Pinang yang meliputi Perak Utara, sementara kelompok Timur Laut diwakili oleh dialek Kelantan, seterusnya kelompok Timur yang meliputi Terenggganu, selanjutnya kelompok Selatan yang meliputi dialek yang dituturkan di Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan Perak Selatan dan akhirnya kelompok yang mewakili dialek Negeri Sembilan. Kumpulan sosial lazimnya ditentukan menerusi ciri seperti pendidikan, pekerjaan, tempat kediaman, dan tahap pendidikan.

Dalam kajian ini, kita akan menganalisis tentang dialek sosial yang digunakan oleh kelompok kecil pelajar lelaki di sebuah universiti awam di uatara Malaysia. Kajian ini akan bertumpukan kepada aspek pengaruh dialek dalam aplikasi ‘Whatsapp’.
 
1.2 Definisi Konsep

Dialek merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau sesuatu kelas sosial dan berbeza daripada bahasa standard dan loghat  (Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi ke-4). Dialek juga boleh boleh dirujuk sebagai bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa daripada bahasa baku. Dialek sering digunakan dalam keadaan situasi tidak rasmi seperti dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian. Menurut Nik Safiah Karim (1995), dialek dirujuk sebagai jenis bahasa yang digunakan dakam percakapan di sesebuah daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan khas dan berbeza daripada sebutan standard yang digunakan di negara ini. Sebutan bahasa baku merupakan suatu bentuk yang telah dikodifikasi bagi menghasilkan satu variasi bahasa baku yang sempurna dan seragam di bawah Perancangan Korpus Bahasa Melayu.


2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini bertujuan untuk :

a) Menghuraikan dialek sosial dalam kalangan mahasiswa dalam aplikasi ‘Whatsapp’.
b) Mengenal pasti dan mengumpul data tentang kata ganti nama dan pemilihan frasa dalam aplikasi ‘Whatsapp’.
c) Mengenal pasti pengaruh dialek dalam perhubungan.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini penting untuk :

a. Memperlihatkan kelainan kata ganti nama dalam dialek ‘Whatsapp’.
b. Menambah bahan dokumentasi tentang kajian dialek.
c. Dijadikan sebagai panduan dan rujukan dalam pengajaran.


4.0 SKOP KAJIAN

4.1 Isu Kajian

Fokus kajian ini menjurus kepada penggunaan kata nama dan frasa yang digunakan dalam aplikasi ‘Whatsapp’ oleh mahasiswa. Aspek – aspek ini kemudiannya akan dibandingkan dengan bahasa Melayu baku.
 
4.2 Tinjauan Literatur

Dalam kajian bahasa yang telah ditulis oleh sarjana tempatan, terdapat banyak aspek dalam memperkatakan tentang dialek sosial. Dalam dialek bahasa Melayu, dialek – dialek yang digunakan mengikut kawasan seperti dialek Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, dan sebagainya. Dialek sering digunakan dalam dalam situasi tidak rasmi dan perbualan harian. Hal ini ditentukankan oleh faktor geografi atau faktor sosial. Perbezaan ini dapat dilihat berdasarkan kawasan kumpulan penutur yang berbeza. Abdul hamid Mahmood (2006) menyatakan bahawa penggunaan dialek dapat dibezakan dari segi sebutan, kosa kata, kata ganti nama, tatabahasa, dan gaya lagu bahasa. Bagi Nik Safiah Karim (1995) dialek merujuk kepada jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesebuah daerah atau bahagian negeri yang mempunyai sebutan yang khas, dan berbeza daripada sebutan umum. Nik Safiah Karim (1961), beliau menyatakan bahawa dialek Kelantan telah mengambil banyak kata daripada bahasa Melayu dan telah disesuaikan dengan pengucapan dialek tersebut.
 
5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya tertumpu kepada kelompok kecil mahasiswa sahaja. Oleh itu, setiap aspek yang telah dikaji ini tidak menggambarkan penggunaannya dalam keseluruhan komuniti masyarakat.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Pengkaji telah memilih sekumpulan pelajar universiti awam di utara Malaysia dan mempunyai kumpulan tersendiri dalam aplikasi ‘Whatsapp’. Kumpulan tersebut terdiri daripada 17 orang pelajar yang datang daripada pelbagai latar. Empat orang daripadanya datang daripada negeri Kelantan, seorang daripada negeri Selangor, dan selebihnya berasal daripada utara Malaysia.
 


7.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini akan menjelaskan cara pengkaji mendapatkan data sebagai bahan kajian, kaedah penganalisisan data dan cara persembahan dapatan kajian. Perbincangan ini berdasarkan data yang dikemukakan dalam jadual dan lampiran yang berkenaan.

7.1 Mendapatkan Data

7.1.1 Kajian Perpustakaan

Kaedah ini digunakan dengan cara mkerujuk bahan – bahan seperti buku teks dan bahan rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang kajian. Oleh itu, kami telah mengunjungi perpustakaan awam untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkaitan dengan dengan dialek. Antara bahan tersebut ialah buku – bku ilmiah dan tesis yang telah dihasilkan oleh sarjana tempatan. Di samping itu juga, kami turut melayari laman sesawang untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan kajian.





7.1.2 Kaedah Pemerhatian

Kami akan melakukan kaedah pemerhatian ini dengan melihat cara sesuatu dialek dihasilkan. Pengkaji lebih menumpukan cara dari segi sebutan dialek itu terhasil. Oleh itu, pengkaji dapat menilai dan mengjangkakan dialek yang mungkin akan digunakan dalam aplikasi ‘Whatsapp’.

7.1.3 Kaedah Kerja Lapangan

Dalam kaedah ini, pengkaji akan turut serta dalam perbualan kelompok ini. Pengkaji juga akan terlibat dalam anggota kumpulan ‘Whatsapp’. Oleh itu, pengkaji dapat memahami budaya kelompok kajian.


7.2 Pengumpulan Data

Pengumpulan data dijalankan bagi membolehkan pengkaji menganalisis dan membahagikan data – data dalam kategori yang dipilih. Pengkaji akan berada bersama kelompok mahasiswa dalam tiga minggu untuk mendapatkan data. Pengkaji juga akan menemu bual beberapa orang mahasiswa untuk mendapatkan gambaran tentang budaya yang dibawa oleh mereka. Pengkaji menganggap bahawa data – data yang dikumpulkan dapat membantu kajian berdasarkan ketetapan objektif kajian. Fokus kajian ini ialah dialek sosial ‘Whatsapp’ dalam kelompok kecil mahasiswa.

7.3 Penganalisisan Data

Pengkaji telah menganalisis data – data seperti cetakan skrin, hasil temu bual, dan kerja lapangan. Penilaian terhadap penggunaan aplikasi ini dalam kelompok kecil mahasiswa mendapati bahawa terdapat beberapa perkara unik yang dapat dibentangkan dalam kajian ini. Berdasarkan batasan yang telah dibuat, pengkaji hanya melihat aspek – aspek seperti kata ganti nama, sebutan, dan frasa yang digunakan oleh kelompok ini.
 
8.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, pengkaji akan memaparkan dapatan kajian dan akan menjelaskan isu – isu yang menjadi objektif kajian ini dijalankan. Fokus kajian ini ialah penggunaan kata ganti nama, sebutan, dan frasa.

8.1 Kata Ganti Nama

Dalam kata ganti nama, terdapat dua dialek yang telah digunakan iaitu dialek sosial utara iaitu di Pulau Pinang dan Kelantan. Kata ganti diri ini tidak ketara dengan bahasa Melayu baku. Antaranya ialah aku, hang, kawe, demo. Kehadiran dialek Kelantan dalam kelompok ini mempengaruhi dialek utama di utara berkemungkinan disebabkan oleh mahasiswa Kelantan yang sedikit menyebabkan rakan – rakan yang lain terpengaruh dengan dialek tersebut.

Selain itu, terdapat juga pengaruh dialek Tamil seperti macha dan ane. Pengaruh ini hadir dalam kelompok ini disebabkan persekitaran di sekitar kampus. Hal ini disebabkan oleh kehadiran kedai mamak. Hal ini meungkin disebabkan oleh mereka ingin menyapa pekerja di kedai – kedai tersebut. Oleh itu, dialek ini juga mempengaruhi dialek utama mahasiswa.
Struktur penggunaan kata ganti nama ini juga mengikut hokum tatabahasa bahasa Melayu kerana berada di hadapan predikat. Sebagai contoh, dalam dialog pada Jadual 1, penggunaan ‘macha’ berada di hadapan predikat.

8.2 Pemilihan Perkataan

Dalam aspek pemilihan perkataan, terdapat perkataan yang boleh diketengahkan dalam kajian ini. Mereka sering menggunakan perkataan ‘jahat’ dalam perbualan harian sama ada di dalam atau di luar aplikasi ‘Whatsapp’. Kepentingan perkataan ini dalam kelompok ini ialah perkataan ini mempunyai banyak maksud mengikut konteks sesuatu ayat. Dalam bahasa Melayu, perkataan ‘jahat’ merujuk kepada perkara negatif, tidak baik atau buruk tingkah laku (Dewan Bahasa Pustaka Atas Talian). Namun, penggunaannya dalam kelompok ini merentasi makna sebenar. Keunikan ini boleh dilihat semasa mereka berkomunikasi dalam memperihalkan kecantikan, perkara baik, manipulasi keadaan, dan sebagainya.

Dalam Jadual 3, sebagai contoh, hasil kajian mendapati bahawa perkataan ‘jahat’ boleh membawa kepada perihal memanipulasikan sesuatu keadaan. Hal ini disebabkan oleh mereka tidak ingin perbualan mereka difahami oleh orang lain yang di luar kelompok mereka. Dalam contoh ayat dalam Jadual 3, pemilihan perkataan tersebut telah mengubah maksud sebenar yang ingin disampaikan. Hanya satu perkataan digunakan untuk menyatakan ayat ‘Jahat awek tu’ iaitu ‘Jahat’ yang merujuk kepada ‘Comel awek itu’. Oleh itu, orang lain tidak akan memahami maksud tersirat yang ingin disampaikan kepada rakannya dan memudahkan mereka untuk berkomunikasi.

8.3 Pemilihan Frasa

Perkara yang menarik ialah dalam pemilihan frasa dalam kelompok mahasiswa ini. Mereka mempunyai kod - kod unik bagi memberi mesej kepada rakan yang lain dan berkemungkinan orang lain tidak memahaminya. Mereka menggunakan dua perkataan untuk melahirkan sesuatu frasa dan seperti telah dikodkan ke dalam kelompok ini. Antaranya ialah ‘Lek luhh’, ‘Sepam dulu’, dan ‘PES luhh’. Kekuatan frasa yang digunakan juga sangat kuat kerana menggunakan penekanan pada perkataan awal. Hasilnya, mesej sebenar yang ingin di sampaikan hanyalah pada perkataan pertama manakala perkataan kedua penambah bagi menyedapkan mesej tersebut. Penyedap ayat yang sering digunakan ialah ‘luh’ dan ‘dulu’. Dalam bahasa Melayu standard, hal ini merujuk kepada ‘dahulu’. Penyedap ayat ini juga boleh dikategorikan ke dalam ayat partikel kerana boleh digabungkan dengan mana – mana perkataan seperti ‘jalan dulu’, ‘jap lu’, ‘mandi lu’ dan sebagainya.


9.0 RUMUSAN

9.1 Hasil daripada analisis kajian mendapati bahawa beberapa objektif kajian telahpun terjawab. Objektif pertama iaitu menghuraikan dialek sosial dalam kalangan mahasiswa dalam aplikasi ‘Whatsapp’. Hasil analisis ini membuktikan bahawa kelainan bahasa yang dapat dibezakan secara tegas daripada bahasa yang lain melalui ciri lafaz, kosa kata dan tatabahasa disebabkan oleh kumpulan penutur (Matthews & Holmes, 1992 : 140). Jelaslah bahawa definisi yang ditakrifkan oleh Matthews dan Holmes (1992) kuat dan terbukti melaui kajian ini.

9.2 Bagi objektif kedua iaitu mengenal pasti dan mengumpul data tentang kata ganti nama, perkataan pemilihan frasa dalam aplikasi ‘Whatsapp’. Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data dan memperoleh maklumat yang menarik dalam kajian ini seperti penggunaan perkataan ‘jahat’ yang membawa kepada banyak makna.

9.3 Bagi objektif ketiga pula iaitu mengenal pasti pengaruh dialek dalam perhubungan, pengkaji telah memperoleh gambaran bahawa persekitaran sememangnya memainkan peranan penting dalam pemilihan dialek khususnya dalam aplikasi ‘Whatsapp’. Melalui interaksi sekeliling, kelompok ini meyerap dan menggunakannya dalam perbualan harian khususnya dalam aplikasi ‘Whatsapp’.
 
10.0 PENUTUP

Kajian ini membuktikan bahawa terdapat beberapa keunikan dialek dalam kelompok kecil mahasiswa dalam penggunaan aplikasi ‘Whatsapp’. Kelaianan yang ditonjolkan oleh kelompok mahasiswa ini memanglah tidak mewakili keseluruhan anggota masyarakat tetapi mungkin boleh mempengaruhi masyarakat melalui penggunaan aplikasi ‘Whatsapp’. Dialek yang digunakan oleh kelompok mahasiswa ini tidak hanya berkisarkan dalam perbualan dalam aplikasi ‘Whatsapp’ semata- mata tetapi juga dalam perbualan harian. Dialek juga mempunyai pengaruh besar dalam kelompok ini kerana pertembungan dialek utara dan Kelantan telah menyebabkan pengaruh dialek kecil iaitu Kelantan cepat meresap ke dalam kelompok ini yang rata – rata tinggal di sekitar utara Malaysia iaitu Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan, Perak. Oleh itu, kajian ini diharap dapat membantu pengkaji untuk memahami dialek sosial yang digunakan oleh golongan remaja seperti kelompok mahasiswa dalam kajian ini.
 
RUJUKAN

Asmah Haji Omar. (2008). Susur Galur Bahasa Melayu, Dewan bahasa Pustaka.

Zaharani Ahmad. (1989). Dialektologi generative dan kepelbagaian dialek melayu. Jurnal Dewan Bahasa, 33(6), 402-414

Pecahan Dialek, http://nota-budak-ipg.blogspot.my/2012/12/pecahan-dialek.html

Isu Bahasa dan Dialek, http://isubahasa-dialek.blogspot.my/

Perbandingan Dialek Melayu Kelantan Dengan Bahasa Melayu Standard Dalam lirik Lagu, http://lukybloger.blogspot.my/2014/12/perbandingan-dialek-melayu-kelantan.html

Tuesday, 1 December 2015

Penulisan Rujukan

1.  Buku Ilmiah :

    Contoh menulis :


    Asmah Haji Omar. (2008). Susur Galur Bahasa Melayu, Dewan bahasa Pustaka.


2. Jurnal

     Contoh menulis : 

     Zaharani Ahmad. (1989). Dialektologi generative dan kepelbagaian dialek melayu. Jurnal Dewan      Bahasa, 33(6), 402-414


3.  Akhbar

     Jika keratan akhbar merupakan bahan photostat, pastikan photostat juga nama dan tarikhnya.               Tulisan tangan untuk nama dan tarikhnya tidak diterima.
   

      Utusan Malaysia, 19 Jun 2015, halaman 4

      Jelita, Jun 2015, halaman 2-3


4.  Orang Sumber


     Puan Basyirah Ramli, 20 tahun, No. 21, Kampung Batas Lintang, 02700, Simpang Empat, Perlis.


5. Melawat Tempat Kajian

    Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.


6. Internet



8.  Televisyen

-          Tajuk program
-          Tarikh
-          Masa
-          Rangkaian

9.  Radio
      -  Tajuk program
      -  Tarikh
      -  Masa
      -   Rangkaian

10.  VCD/DVD

-          Tajuk program
-          Terbitan

11.  Sumber lain

-          Jenis sumber
-          Alamat/punca sumber



Semoga bermanfaat..

Monday, 23 November 2015

Penghasilan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Untuk Pelajar Pekak

Falsafah Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa semua pelajar harus diberikan pendidikan yang sempurna mengikut kemampuan masing - masing. Pelajar berkeperluan khas juga berhak mendapatkan pendidikan yang sempurna sama seperti pelajar aliran perdana.

Pelajar pekak juga tidak terkecuali dalam hal ini. Namun, persoalannya adakah BBM yang direka khas untuk mereka cukup untuk menjamin pembelajaran mereka? Secara pandangan, penyediaan BBM untuk membantu proses pembelajaran mereka agak kurang.

Mungkin akan ada individu yang akan membangunkan perisian untuk membantu kita berkomunikasi dengan lebih baik ketika berhadapan dengan orang pekak. Hasil tinjauan saya di App Store, ternyata kita tiada perisian yang boleh bertindak sebagai kamus untuk memahami bahasa orang pekak. Oleh itu, saya berharap agar ada individu yang akan berusaha untuk membangunkannya.

Harapan saya agar pelajar masalah pendengaran diberikan perhatian yang sewajarnya agar kita dapat menyokong pembelajaran mereka dengan berkesan.

Saya sempat meninjau sedikit BBM di laman perkongsian video iaitu Youtube dan telah terjumpa BBM yang boleh digunakan secara ilmiah di dalam bilik darjah.


Selamat Menonton...

Pengajaran Magnet Tahun 3


Azan

Pengunaan Flash


Penggunaan Lagu



Sekian, terima kasih

Sunday, 22 November 2015

Penglibatan Ibu bapa Dalam Pembelajaran Kanak-kanak Khas

Peranan ibu bapa juga penting dalam pembelajaran anak-anak

PENGENALAN
Sekolah merupakan organisasi yang dinamik, terbuka, dan komplek. Kerjasama bermaksud sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman dan lain-lain) dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah bersama (Dewan Bahasa Dan Pustaka, edisi ke-4). Hubungan kerjasama di antara guru dan ibu bapa adalah sangat perlu ke arah meningkatkan kualiti P&P (John V. hamby, 1992).

Konsep Keibubapaan. Ibu bapa adalah guru yang pertama dan yang paling lama untuk anak mereka. Dalam proses pembangunan biasa, ibu bapa yang telah menyokong perkembangan bahasa, sosial dan kemahiran akademik anak-anak mereka. Terdapat bukti positif dalam lepas 30 tahun menunjukkan bahawa mengajar kemahiran khusus untuk ibu bapa boleh membantu dalam perkembangan kanak-kanak dalam jagaan mereka. Ibu bapa adalah unit asas keluarga dan peranannya adalah penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia. Ini memerlukan pengurusan keluarga yang dinamik, berubah proaktif dan tepat pada masanya. Peranan ibu bapa adalah sangat penting dan perlu dilihat di peringkat makro dan semua yang terlibat komited. Selain faktor-faktor keluarga, faktor persekitaran juga perlu diambil kira. Dalam usaha untuk membina keluarga yang bahagia dan berkesan, konsep “membentuk buluh biar dari rebungnya " perlu diberi penekanan. Ibu bapa adalah salah satu unit dan mesti menjalankan pengurusan yang proaktif daripada aspek sains dan kemanusiaan.

MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA/ KELUARGA OLEH JOYCE EPSTEIN

Penglibatan keluarga dapat dilihat dalam pelbagai cara bergantung kepada konteks. Epstein mencadangkan enam jenis penglibatan ibu bapa. Teori Epstein yang menggambarkan kerjasama yang perlu wujud antara sekolah, keluarga dan masyarakat. Jenis penglibatan bukan hierarki tetapi ia adalah satu rangka kerja untuk menghubungkan keluarga, anggota masyarakat dan profesional pendidikan awal kanak-kanak.

Enam Jenis Kerjasama yang Digariskan :

Keibubapaan (Parenting)
merangkumi semua aktiviti yang ibu bapa melibatkan diri dalam meningkatkan gembira, kanak-kanak yang sihat yang menjadi pelajar yang berkebolehan. Tidak seperti guru, pengaruh yang atas kanak-kanak yang agak terhad, ibu bapa mengekalkan komitmen sepanjang hayat kepada anak-anak mereka. Aktiviti yang menyokong ini jenis penglibatan memberi maklumat kepada ibu bapa mengenai keadaan pembangunan, kesihatan, keselamatan, atau rumah anak mereka yang boleh menyokong pembelajaran pelajar. Oleh itu pihak sekolah perlu membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Aktiviti yang dianjurkan oleh ibu bapa di rumah mampu tingkatkan kesediaan murid untuk belajar di sekolah.


Berkomunikasi (Communication)

Keluarga dan sekolah perlu berkomunikasi antara satu sama lain dalam pelbagai cara. Sekolah menghantar nota rumah dan risalah mengenai peristiwa-peristiwa dan aktiviti-aktiviti penting. Ibu bapa juga perlu memberi guru maklumat tentang kesihatan anak mereka dan sejarah pendidikan. Sebuah laman web sekolah ialah medium tambahan komunikasi dengan ibu bapa dan keluarga. Contohnya, ibu bapa boleh melanggan kemas kini kalendar dinamik menggunakan iCal atau suapan RSS yang lain hanya menyemak kalendar laman web secara kerap (Piper, 2012). Dari perspektif penglibatan yang positif, komunikasi mesti dua hala, sekolah kepada ibu bapa dan ibu bapa kepada sekolah, untuk menjadi yang paling berkesan. 

Sukarelawan (Volunteering)

Sekolah mengalu-alukan bantuan ibu bapa disekolah. Penglibatan ibu bapa secara tidak langsung semasa pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah dan persekitaran sekolah. Terdapat tiga cara asas bahawa individu secara sukarela dalam bidang pendidikan. Pertama, mereka mungkin secara sukarela di sekolah atau bilik darjah dengan membantu guru-guru dan pengkritik/juri sebagai tutor atau pembantu. Kedua, mereka mungkin menawarkan diri untuk sekolah misalnya, mengumpul dana untuk acara atau mempromosikan sekolah di masyarakat. Akhirnya, mereka mungkin menawarkan diri sebagai ahli penonton, menghadiri program-program sekolah atau persembahan.

Pembelajaran Di Rumah (Learning At Home)

Apabila ibu bapa membantu anak-anak mereka dengan kerja rumah atau membawa mereka ke muzium, mereka yang mengambil bahagian dalam jenis empat penglibatan. Aktiviti ini menghasilkan sebuah keluarga seperti sekolah dan menggalakkan ibu bapa untuk berinteraksi dengan kurikulum sekolah. Aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pembelajaran di rumah menyediakan ibu bapa dengan maklumat tentang apa yang kanak-kanak lakukan di dalam kelas dan bagaimana untuk membantu mereka dengan kerja rumah.

Pembuat Keputusan (Decision making)

Ibu bapa mengambil bahagian dalam sekolah membuat keputusan apabila mereka menjadi sebahagian daripada jawatankuasa tadbir sekolah atau menyertai organisasi, seperti ibu bapa atau guru persatuan. Lain-lain aktiviti membuat keputusan termasuk mengambil peranan kepimpinan yang melibatkan menyebarkan maklumat kepada ibu bapa lain.

Bekerjasama dengan Komuniti (Colaboration With Community)

Pihak sekolah mewujudkan kerjasama dengan komuniti sekitar. Kerjasama ini harus membawa kebaikan kepada pihak yang terlibat terutama pelajar. Penglibatan individu-individu berjaya dalam bidang tertentu supaya pelajar dapat manfaat dan meningkatkan motivasi mereka. Contohnya, melaksanakan program mentor-mentee antara komuniti dengan pelajar.

MODEL-MODEL LAIN

Model Co-Operative oleh James M. Waslh dan Barbara Jones

Pembelajaran koperatif, kadang-kadang dipanggil pembelajaran kumpulan kecil, adalah satu strategi pengajaran di mana kumpulan-kumpulan kecil pelajar bekerja bersama-sama pada satu tugas yang sama. Tugas ini boleh menjadi semudah menyelesaikan masalah matematik pelbagai langkah bersama-sama, atau kompleks seperti membangunkan reka bentuk untuk jenis baru sekolah. Dalam beberapa kes, setiap ahli kumpulan adalah secara individu bertanggungjawab untuk sebahagian daripada tugas dalam kes-kes lain, ahli-ahli kumpulan bekerja bersama-sama tanpa tugasan peranan rasmi.

Menurut David Johnson dan Roger Johnson (1999), terdapat lima elemen asas yang membolehkan kejayaan pembelajaran kumpulan kecil:

Saling pergantungan positif: Pelajar berasa bertanggungjawab untuk mereka sendiri dan usaha kumpulan itu.

Interaksi muka-ke-muka: Pelajar menggalakkan dan menyokong satu sama lain; alam sekitar menggalakkan perbincangan dan mata kenalan.

Akauntabiliti individu dan kumpulan: Setiap pelajar bertanggungjawab untuk melakukan bahagian mereka; kumpulan bertanggungjawab bagi memenuhi matlamatnya.

Tingkah laku Kumpulan: Ahli kumpulan menambah ilmu langsung dalam kemahiran interpersonal, sosial, dan kerjasama yang diperlukan untuk bekerja dengan orang lain berlaku.

Pemprosesan Kumpulan: Ahli kumpulan menganalisis mereka sendiri dan kemampuan kumpulan untuk bekerja bersama-sama.

Pembelajaran koperatif perubahan peranan pelajar dan guru di bilik darjah. Pemilikan pengajaran dan pembelajaran dikongsi oleh kumpulan pelajar, dan tidak lagi tanggungjawab guru. Kuasa menetapkan matlamat, menilai pembelajaran, dan memudahkan pembelajaran dikongsi oleh semua. Pelajar mempunyai lebih banyak peluang untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran, soalan mereka dan mencabar antara satu sama lain, berkongsi dan membincangkan idea-idea mereka, dan menghayati pembelajaran mereka. Bersama-sama dengan meningkatkan pembelajaran akademik, pembelajaran koperatif membantu pelajar melibatkan diri dalam perbincangan yang bernas dan memeriksa perspektif yang berbeza, dan ia telah terbukti untuk meningkatkan pelajar harga diri, motivasi, dan empati.

Beberapa cabaran menggunakan pembelajaran koperatif termasuk melepaskan kawalan pembelajaran, menguruskan tahap bunyi bising, menyelesaikan konflik, dan menilai pembelajaran pelajar. Aktiviti dengan teliti berstruktur dapat membantu pelajar mempelajari kemahiran untuk bekerja bersama-sama dengan jayanya, dan berstruktur perbincangan dan renungan mengenai proses kumpulan boleh membantu mengelakkan beberapa masalah.

Model Psikoanalitik oleh Signmund Frued

Salah satu aliran utama dalam sejarah psikologi adalah teori Psikoanalitik Sigmund Freud. Psikoanalisis adalah sebuah model perkembangan kepribadian, filsafat tentang sifat manusia, dan metode psikoterapi. Secara historis psikoanalisis adalah aliran pertama dari tiga aliran utama psikologi yang kedua adalah Behaviorisme, dan yang ketiga atau disebut juga “kekuatan ketiga” adalah psikologi eksistensial-humanistik. penting untuk diingat bahwa Freud adalah pencipta pendekatan psikodinamika terhadap psikologi, yang memberikan pandangan baru kepada psikologi dan menemukan cakrawala-cakrawala baru. Ia Misalnya, membangkitkan minat terhadap motivasi tingkah laku. Freud juga mengundang banyak kontroversi, eksplorasi, penelitian dan menyajikan landasan tempat bertumpu system-sistem yang muncul kemudian.

Struktur Kepribadian

Menurut pandangan psikoanalitik, struktur kepribadian terdiri dari tiga system id, ego dan super ego. Ketiganya adalah nama bagi proses-proses psikologis dan jangan dipikirkan sebagai agen-agen yang terpisah mengoperasikan kepribadian, merupakan fungsi-fungsi kepribadian sebagai keseluruhan ketimbang sebagai bagian yang terasing satu sama lain. Id adalah komponen Biologis, ego adalah komponen psikologis, sedangkan superego adalah komponen sosial.

Id

Id adalah system kepribadian yang orisinil, kepribadin setiap orang hanya terdiri dari Id ketika dilahirkan. Id merupakan tempat bersemayam naluri-naluri. Id kurang terorganisasi, buta, menuntut dan mendesak. Seperti kawah yang terus mendidih dan bergolak, id tidak bisa menoleransi tegangan, dan bekerja untuk melepaskan tegangan itu sesegera mungkin serta untuk mencapai keadaan homeostatik. Dengan diatur oleh asas kesenangan yang diarahkan pada pengurangan ketegangan, penghindaran kesakitan, dan perolehan kesenangan, Id bersifat tidak logis, amoral dan didorong oleh satu kepentingan : memuaskan kebutuhan-kebutuhan naluriah sesuai dengan asas kesenangan. Id tidak pernah matang dan selalu menjadi anak manja dari kepribadian, tidak berfikir dan hanya menginginkan atau bertindak. Id bersifa tidak sadar.

Ego

Ego memiliki kontak dengan dunia eksternal dari kenyataan. Ego adalah eksekutif dari kepribadian yang memerintah, mengendalikan dan mengatur. Sebagai “polisi lalu lintas” bagi id, super ego dan dunia eksternal. Tugas utama Ego adalah mengantarai naluri-naluri dengan lingkungan sekitar. Ego mengendalikan kesadaran dan melaksanakan sensor. Dengan diatur oleh asas kenyataan, ego berlaku realistis dan berpikir logis serta merumuskan rencana, tindakan bagi pemuasan kebutuhan. Apa hubungan antara Ego dan Id ? Ego adalah tempat bersemayam intelegensi dan rasionalitas yang mengawasi dan mengendalikan impuls-impuls buta dari Id. /sementara Id hanya mengenal kenyataan subjektif, ego memperbedakan bayangan-bayangan mentl dengan hal-hal yang terdapat di dunia eksternal.

Super Ego

Super ego adalah cabang moral atau hokum dari kepribadian. Super ego adalah kode moral individu yang urusan utamanya adalah, apakah suatau tindakan itu baik atau buruk, benar atau salah. Super ego mempresentasikan hal-hal yang ideal dan mendorong bukan kepada kesenangan, melainkan kepada kesempurnaan. Super ego mempresentasikan nilai-nilai tradisional dan ideal-ideal masyarakat yang dijarkan orang tua kepada anak. Super ego berfungsi mengambat impuls-impuls Id. Kemudian sebagai internalisasi standard-standar d orang tua dan masyarakat, super ego berkaitan dengan imbalan-imbalan dan hukuman-hukuman. Imbalannya adalah perasaan bangga dan mencintai diri, sedangkan hukumannya adalah perasaan berdosa dan rendah diri.

KESAN KERJASAMA
Kerjasama memainkan peranan penting

Jika penglibatan ibu bapa dalam menyokong pembelajaran anak-anak mereka positif, maka kita dapat kesan yang baik terhadap moral anak-anak mereka. Antara kesannya ialah, pencapaian akademik akan menjadi lebih baik. Hal ini demikian kerana guru telah memperoleh sokongan pembelajaran dari rumah. Oleh itu, tugas guru untuk belajar di sekolah dapat diteruskan oleh ibu bapa di rumah. Guru perlu memberi sokongan kepada ibu bapa untuk mengajar di rumah. Kesannya, pencapaian akademik anak-anak mereka akan bertambah baik dari semasa ke semasa.

Kesan kedua ialah kadar kehadiran murid berkeperluan khas ke sekolah juga akan tinggi. Hal ini demikian kerana murid merasakan bahawa ibu bapa mereka mengambil berat tentang akademik mereka. Hal ini akan memotivasikan mereka kerana pembelajaran di sekolah telah disokong oleh ibu bapa di rumah. Jelaslah bahawa penglibatan ibu bapa sangat penting dalam pembelajaran anak – anak mereka.

Kesan ketiga ialah kegagalan menyiapkan kerja rumah dapat diatasi. Murid berkeperluan sering gagal menyiapkan kerja rumah yang diberikan kepada mereka. Melalui komunikasi yang berkesan, setiap mesej yang disampaikan kepada ibu bapa dapat diterima dengan baik. Oleh itu, guru seharusnya menyampaikan mesej dengan menggunakan saluran yang betul seperti penyediaan nota kecil. Guru perlu memberitahu kepada ibu bapa tentang kerja rumah supaya murid dapat menyiapkan kerja rumah tersebut. Jelaslah bahawa komunikasi yang berkesan dapat mengatasi kegagalan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru.

Kesan keempat ialah tingkah laku positif dapat dibentuk dengan cepat. Guru akan mendapat sokongan penuh daripada ibu bapa untuk membantu tugas guru. Pembentukan tingkah laku yang positif seperti mereka menunggu giliran semasa bercakap boleh diteruskan oleh ibu bapa di rumah kerana stastistik menunjukkan bahawa 52 peratus masa murid dihabiskan di rumah dan di dalam komuniti berbanding hanya 15 peratus masanya berada di sekolah (Utusan online, Julai 2012). Masa yang panjang di rumah perlu digunakan oleh guru untuk membantu murid membentuk tingkah laku positif melalui pemantauan ibu bapa seperti yang telah ditetapkan di dalam Rancangan Pengajaran Individu (RPI) . Oleh itu, pencapaian murid dalam RPI dapat diukur.

Kesan kelima ialah moral guru dapat ditingkatkan. Tugas guru sememangnya sangat berat dan hal ini berkemungkinan akan menjejaskan moral seseorang guru. Oleh itu, penglibatan ibu bapa dalam hal ini mampu meringakan tugas seseorang guru. Guru akan lebih bermotivasi kerana setiap perkara yang dirancang untuk murid-muridnya telah dibantu oleh ibu bapa di rumah.

Kesan keenam ialah penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka wajar diberikan pengiktirafan oleh guru atas usaha mereka. Hal ini bagi meningkatkan motivasi ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka yang memerlukan perhatian khas oleh guru dan keluarga. Pengiktirafan seperti ibu bapa contoh dalam majlis anugerah sekolah mampu menjadikan ibu bapa tersebut sebagai contoh kepada ibu bapa lain. Oleh itu, pengiktirafan ini boleh bertindak sebagai serampang dua mata kerana guru bukan hanya mengiktiraf ibu bapa tersebut bahkan juga guru mampu menarik perhatian ibu bapa lain untuk mencontohi mereka.

Kesan terakhir ialah persepsi masyarakat dapat diubah. Hal ini demikian kerana murid berkeperluan khas mempunyai reputasi kurang baik dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kerjasama antara guru dan ibu bapa diharapkan agar dapat mengubah persepsi tersebut. Hal ini kerana murid berkeperluan khas ini dianggap sebagai penyusah kepada semua orang. Guru dan ibu bapa perlu memastikan bahawa murid berkeperluan khas telah bersedia untuk berada dalam kalangan masyarakat dengan memantapkan kemahiran yang diperlukan oleh mereka ketika berhadapan dengan masyarakat seperti bersosial, berkomunikasi, kemahiran hidup dan lain – lain lagi. Oleh itu, murid berkeperluan khas juga akan dipandang sama taraf dengan murid murid normal.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, penglibatan ibu bapa sangat penting dalam perkembangan akademik kanak-kanak berkeperluan khas. Hal ini demikian kerana pembelajaran di sekolah dapat diteruskan di rumah yang telah diambil alih oleh ibu bapa. Penglibatan ibu bapa tidak hanya tertumpu kepada aspek akademik semata – mata tetapi juga melibatkan semua aspek seperti perkembangan lain seperti aspek sosial, komunikasi, tingkah laku dan lain – lain lagi. Oleh itu, usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bersama – sama dengan ibu bapa mampu mempercepat perkembangan dalam semua aspek murid berkeperluan khas. Usaha yang berterusan dari semasa ke semasa ini diharapkan agar dapat melahirkan individu berkeperluan khas yang mempunyai intrapersonal dan interpersonal yang tinggi kelak.





RUJUKAN

Ang Jit Eng (2007). Pengurusan Disiplin Murid. PTS Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Penglibatan Ibu Bapa Penting, Utusan Online, 23 Julai 2012 diakses pada laman http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120723/pe_01/Penglibatan-ibu-bapa-penting

Abd. Razak Zakaria & Norani Mohd Salleh, Konteks Keluarga dan Hubungannya dengan Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Anak-anak di Sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011): 35-44



Thursday, 17 September 2015

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) UNTUK PELAJAR ERA TEKNOLOGI


 Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) dalam sesi pengajaran pelajar kini. Sukar dinafikan bahawa pendidikan era ini sudah bertukar kepada teknologi. Teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Pelajar – pelajar juga tidak terkecuali dalam hal ini. Oleh itu, sebagai guru dan ibu bapa, kita perlulah mendalami ilmu ini untuk membantu pelajar kita.

                Saya akan memberikan beberapa senarai aplikasi yang boleh dicuba bersama yang saya peroleh dalam subjek PGT 436 E (Communication And Technology In Education) di Universiti Sains Malaysia (USM). BBM ini juga sangat sesuai untuk semua pelajar sama ada pelajar aliran perdana mahupun pelajar pendidikan khas.

Senarai laman sesawang yang harus diketahui oleh ibu bapa kini :

1.       Frogvle.com
2.       EduTV.com

Senarai BBM :

1.       Storify.com
2.       iSpring.com




3.       Infografikimage.com


4.       Blendspace.com


5.       Powtoon.com




Diharapkan agar perkongsian ini dapat menambah pengetahuan kita dalam membantu para pelajar sama ada dalam program normal mahupun program pendidikan khas.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, 19 February 2014

Negeri Perlis



Hari ini saya nak perkenalkan Negeri Perlis. Negeri Perlis merupakan negeri kelahiranku. Walaupun Negeri Perlis merupakan negeri terkecil di Malaysia, namun terdapat banyak tarikan yang boleh dikongsi jika anda melawat Perlis.



SEJARAH PERLIS INDERA KAYANGAN

     Perlis dahulunya dikenali sebagai "kayang" atau "kayangan", dan nama Perlis diberi bersempena dengan nama seorang tua yang dianggap mempunyai keramat, iaitu "Tok Perlis". Ada juga versi lain bagaimana Perlis mendapat nama,berkemungkinan ianya berasal dari perkataan siam "Phrau Loi" yang bermaksud kelapa hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan banyak dijumpai oleh orang-orang siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk ke Kedah. Sebutan "Phrau Loi" ini bila disebut oleh masyarakat tempatan akhirnya menjadi "Perleh".

     Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh agama Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.

     Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka di barat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.

     Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindak balas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.


     Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.

TARIKAN PELANCONGAN DI SEKITAR PERLIS

Untuk menarik lebih ramai pelancong dengan mengekploitasi potensi dan sumber semulajadi negeri Perlis, Jabatan Pelancongan telahpun memperkenalkan “Tujuh Pesona Perlis” (Antaranya termasuklah Panorama, Taman Ular, Harumanis, Makanan dan Makanan Laut, Tarikan Sempadan, Mengintip Burung Pengembaraan Hutan .
Slogan "Negeri Permai Lagi Mempesona"  merupakan ungkapan yang paling tepat untuk mengambarkan keindahan dan kedamaian negeri Perlis. Berbekalkan landskapnya yang menghijau dan permai, Perlis menawarkan sesuatu yang menarik buat pencinta alam sekitar.
Berikut merupakan tempat-tempat pelancongan di Perlis :-

Taman & Hutan
  •        Hutan Lipur Bukit Ayer
  •          Lipur Bukit Kubu
  •    Taman Rekreasi Bukit Jernih
  •          Taman Rekreasi Gua Kelam
  •     Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat
  •          Rekreasi Tasik Melati
  •          Taman Rekreasi Tasik Timah Tasoh
  •          Taman Ular dan Reptilia
  •    Gua Cenderawasih


Makanan

  •       Harumanis
  •       Anggur Perlis
  •       Laksa Kuala Perlis

Tempat

  •           Padang Besar
  •      Wang Kelian


IKLIM NEGERI PERLIS


Perlis iklim mempunyai iklim monsun tropika dan suhu adalah seragam dalam lingkungan 21 OC kepada 32 OC, manakala cuaca biasanya kering dan panas dengan kelembapan di kawasan tanah rendah di antara 82% hingga 86%. Purata hujan tahunan negeri ini adalah sekitar 2500 mm dengan bulan-bulan yang paling basah dari Mei hingga Disember. Anda boleh melawat Perlis sepanjang tahun, tetapi ia adalah lebih baik untuk mengelakkan melawat Perlis pada bulan paling basah iaitu dari Mei hingga Disember.
            Satu panorama indah yang terdapat di Perlis ialah perlis turut mengalami musim luruh. Anda boleh lihat daun-daun menguning dan berguguran seperti hujan yang turun membasahi bumi.