Wednesday 13 August 2014

Pendidikan Inklusif

Sejarah Pendidikan Inklusif

         Di Malaysia, Program Pendidikan Inklusif terbahagi kepada tiga kategori, iaitu inklusif penuh, inklusif separa dan inklusif tempat. Pendidikan inklusif penuh bermaksud murid-murid khas akan mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas aliran perdana bersama-sama murid-murid normal yang lain. Pendidikan inklusif separa pula bermaksud murid-murid khas mengikuti sesi pembelajaran di dalam kelas aliran perdana bersama-sama murid-murid normal yang  lain pada masa-masa tertentu sahaja. Manakala pendidikan inklusif tempat pula bermaksud murid-murid khas belajar di dalam kelas khas bersama-sama rakan-rakan mereka yang juga murid-murid khas di sekolah aliran perdana. Inklusif tempat juga dikenali sebagai program integrasi.

          Pada tahun1962, program percantuman dan inklusif bagi murid-murid yang bermasalah penglihatan telah dimulakan. Manakala, program inklusif bagi murid-murid yang bermasalah pembelajaran dimulsksn di dalam kelas-kelas perintis pada tahun 1988. Pada tahun 1993, terdapat tiga orang murid pendidikan inklusif telah ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki) di Kuala Lumpur.

          Kesinambungan daripada itu, kelas-kelas inklusif mula berkembang pesat. Pada tahun 1994, terdapat 14 buah sekolah yang menjalankan kelas-kelas inklusif secara projek rintis  di seluruh Negara. Pada tahun 1995, program bermasalah pembelajaran peringkat menengah pula dimulakan bahi tujuan mendidik murid-murid yang berpotensi dalam bidang akademik walaupun mereka mengalami ketidakupayaan.

  
Falsafah Pendidikan Inklusif

Pendidikan untuk semua. Falsafah ini menawarkan kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama - sama murid normal di dalam bilik darjah yang sama.



Objektif Pendidikan Inklusif

Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama murid normal. Barirah (1995) menyatakan 4 objektif pendidikan inklusif :

i) Meningkatkan kesedaran murid-murid normal tentang murid berkeperluan khas
bahawa mereka juga adalah sebahagian  daripada ahli masyarakat.

ii) Murid-murid khas berpeluang menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang
normal dan menyertai aktiviti yang disediakan.

iii) Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid khas standing dengan murid normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka.

iv) Untuk mengelak daripad diskriminasi dalam pendidikan san kemudahan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran.


Model Program Pendidikan Inklusif

Terdapat tiga jenis program:
i) Sekolah Pendidikan Khas
ii) Kelas khas Pecantuman
iii) Kelas Pendidikan Inklusif


Pelaksanaan Program Inklusif

          Pada peringkat permulaan pendidikan inklusif dijalankan secara ”partikal integration” sahaja. Perlaksaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi memudahkan pihak pentadbiran mengenalpasti guru-guru kelas normal yang sesuai dan inovatif sebagai guru integrasi. Pilihan yang tepat ini sangat penting dalam menjayakan program pendidikan inklusif. Antara langkah pelaksaan program ini ialah dengan mengadakan sesi perbingcangan dengan pehak pentadbir dan guru-guru kelas normal yang akan terlibat sengan pelaksaan program pendidikan inklusif. Perbincangan ini dijalankan adalah untuk memastikan pelaksaan program  ini dapat mencapai objektifnya.

          Selain itu, tindakan mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti program pendidikan khas inklusif turut dijalankan bagi mengenalpasti kanak-kanak yang disahkan oleh pakar psikiatris layak mendapat tempat dalam program ini. Sesi suai kenal antara kanak-kanak khas dan kanak-kankak normal dalam sebuah kelas turut dilaksanakan bagi merapatkan hubungan sosial di antara mereka. Guru-guru pendidikan khas atau guru-guru biasa membuat pemantauan atau peninjauan sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal dapat memberi kesan baik atau membawa perubahan kepada kanak-kanak khas.


          Guru pendidikan khas juga menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas seta menyediakan alat bantu mengajar supaya kanak-kanak khas tersebut dapat belajar dengan selesa dan berkesan. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan menjalani P&P mengikut jadual yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment