Wednesday 19 February 2014

Negeri Perlis



Hari ini saya nak perkenalkan Negeri Perlis. Negeri Perlis merupakan negeri kelahiranku. Walaupun Negeri Perlis merupakan negeri terkecil di Malaysia, namun terdapat banyak tarikan yang boleh dikongsi jika anda melawat Perlis.



SEJARAH PERLIS INDERA KAYANGAN

     Perlis dahulunya dikenali sebagai "kayang" atau "kayangan", dan nama Perlis diberi bersempena dengan nama seorang tua yang dianggap mempunyai keramat, iaitu "Tok Perlis". Ada juga versi lain bagaimana Perlis mendapat nama,berkemungkinan ianya berasal dari perkataan siam "Phrau Loi" yang bermaksud kelapa hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan banyak dijumpai oleh orang-orang siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk ke Kedah. Sebutan "Phrau Loi" ini bila disebut oleh masyarakat tempatan akhirnya menjadi "Perleh".

     Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh agama Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.

     Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka di barat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.

     Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindak balas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.


     Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.

TARIKAN PELANCONGAN DI SEKITAR PERLIS

Untuk menarik lebih ramai pelancong dengan mengekploitasi potensi dan sumber semulajadi negeri Perlis, Jabatan Pelancongan telahpun memperkenalkan “Tujuh Pesona Perlis” (Antaranya termasuklah Panorama, Taman Ular, Harumanis, Makanan dan Makanan Laut, Tarikan Sempadan, Mengintip Burung Pengembaraan Hutan .
Slogan "Negeri Permai Lagi Mempesona"  merupakan ungkapan yang paling tepat untuk mengambarkan keindahan dan kedamaian negeri Perlis. Berbekalkan landskapnya yang menghijau dan permai, Perlis menawarkan sesuatu yang menarik buat pencinta alam sekitar.
Berikut merupakan tempat-tempat pelancongan di Perlis :-

Taman & Hutan
  •        Hutan Lipur Bukit Ayer
  •          Lipur Bukit Kubu
  •    Taman Rekreasi Bukit Jernih
  •          Taman Rekreasi Gua Kelam
  •     Taman Rekreasi Sungai Batu Pahat
  •          Rekreasi Tasik Melati
  •          Taman Rekreasi Tasik Timah Tasoh
  •          Taman Ular dan Reptilia
  •    Gua Cenderawasih


Makanan

  •       Harumanis
  •       Anggur Perlis
  •       Laksa Kuala Perlis

Tempat

  •           Padang Besar
  •      Wang Kelian


IKLIM NEGERI PERLIS


Perlis iklim mempunyai iklim monsun tropika dan suhu adalah seragam dalam lingkungan 21 OC kepada 32 OC, manakala cuaca biasanya kering dan panas dengan kelembapan di kawasan tanah rendah di antara 82% hingga 86%. Purata hujan tahunan negeri ini adalah sekitar 2500 mm dengan bulan-bulan yang paling basah dari Mei hingga Disember. Anda boleh melawat Perlis sepanjang tahun, tetapi ia adalah lebih baik untuk mengelakkan melawat Perlis pada bulan paling basah iaitu dari Mei hingga Disember.
            Satu panorama indah yang terdapat di Perlis ialah perlis turut mengalami musim luruh. Anda boleh lihat daun-daun menguning dan berguguran seperti hujan yang turun membasahi bumi.

No comments:

Post a Comment