Tuesday 18 February 2014

Neuropsikologi

Definisi Neuropsikologi


Neuropsikologi ialah suatu ilmu yang mempelajari hubungan antara otak dan perilaku, disfungsi otak dan perilaku, dan melakukan pentaksiran dan rawatan untuk perilaku dengan fungsi otak yang terganggu. Secara umumnya, neuro atau otak mempunyai kaitan dengan tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang individu. Jika seseorang individu mengalami gangguan pada otak, hal ini akan menyebabkan mereka menunjukkan ciri-ciri tingkah laku yang tidak normal seperti kanak-kanak autisme yang mampu melakukan perkara yang sama dalam tempoh masa yang lama.

JENIS-JENIS KETIDAKUPAYAAN YANG MELIBATKAN MASALAH PEMBELAJARAN JENIS NEUROPSIKOLOGI

DISLEKSIA

Disleksia ialah mereka yang mengalami kesukaran dalam membaca kerana mereka tidak dapat menterjemah lambang-lambang bertulis dengan betul samada dalam bentuk huruf itu sendiri,dala suku kata ataupun perkataan-perkataan.Dyslexia berasal daripada gabungan dua perkataan Yunani iaitu Dys yang bermakna kesukaran ataupun kesusahan dan lexis yang bermaksud bahasa atau pertuturan.Sekiranya dua perkataan ini digabungkan ia membawa erti kesusahan atau kesukaran dalam bahasa.
Selain mengalami masalah untuk membaca,golongan Disleksia ini juga menghadapi kesukaran untuk menulis,mengeja dan mengira.Namun ramai yang tidak menyedari golongan Disleksia ini dan mengelar golongan ini sebagai bodoh,malas dan lembap.Disleksia mempunyai tiga tahap iaitu tahap ringan,sederhana dan juga teruk.Disleksia ini bukanlah penyakit dan tidak memerluka ubat untuk merawatnya.

AUTISME

Autisme merupakan fenomena yang masih menyimpan banyak rahsia walaupun telah diteliti lebih daripada 60 tahun yang lalu. Sehingga saat ini, punca dan sebab utama berlakunya gejala ini belum dapat dikenal pasti dengan jelas. Oleh sebab itu, sehingga kini pakae-pakar perubatan belum dapat mengenal pasti cara pencegahan mahupun mengemukakan kaedah untuk menangani gejala ini dengan tepat dan berkesan. Pada awalnya, autisme dipandang sebagai gangguan yang disebabkan faktor psikologi. Namun pada sekitar tahun 1960-an, menurut penelitian neurologi, autisme adalah disebabkan berlakunya ketidaknormalan pada otak seseorang individu tersebut.

ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVE DISORDER (ADHD)

Golongan ini merupakan golongan yang hiperaktif dan sukar untuk memusatkan perhatian. ADHD merupakan satu gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau menfokuskan terhadap sesuatu benda.Sebagai contoh,seorang murid itu mungkin normal,cerdas dan bijak tetapi tidak dapat menumpukan perhatian dan mengawal tingkah laku mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment