Monday 10 February 2014

Ketidakupayaan Autisme




Pengenalan & Definisi Autisme

Perkataan autisme berasal daripada gabungan perkataan ‘autos’ yang membawa maksud diri sendiri dan ‘isme’ yang bermaksud aliran. Ini bermaksud bahawa autisme membawa maksud kepada keadaan yang kanak-kanak tersebut cenderung mengasingkan diri daripada orang lain dan bersendirian. Gejala autisme mula kelihatan sebelum kanak – kanak berusia 3 tahun. Kanak – kanak autisme biasanya mempunyai merupakan gangguan perkembangan yang amat kompleks yang melibatkan aspek komunikasi, masalah dalam interaksi sosial, bahasa, gangguan deria, emosi, pola bermain dan pembelajaran.

Hallahan dan Kauffman (1976) menyatakan autisme merupakan satu kecelarun yang bercirikan pengasingan diri, tingkah laku mencederakan diri, masalah kognitif, masalah bahasa dan boleh dilihat sebelum berumur 30 bulan. Manakala menurut Trevarthen, Aitken, Papoudi dan Roberts (1996), mereka menyatakan bahawa autisme merupakan gabungan dua perkataan Greek, iaitu ‘aut’ yang bermaksud diri dan “ism” yang bermaksud orentasi atau keadaan. Ia bermaksud seseorang tidak biasa dengan diri sendiri serta gagal menunjukkan minat terhadap orang lain.

Berbanding dengan masalah pembelajaran yang lain, autisme merupakan masalah yang paling membimbang dan menakutakan ibu bapa dan pendidik. Ini disebabkan autisme merupakan satu gangguan yang berlangsung sepanjang hidup. Setakat ini, cara pencegahan dan rawatan pemulihan belum ditemui lagi. Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak (pervasive development disorder). Ia adalah kecacatan neurologi dan bukannya kecacatan psikiatri. Selain itu, autisme juga merupakan gangguan tumbesaran yang memberi kesan buruk ke atas perkembangan kanak-kanak dan ini seterusnya mengganggu fikiran mereka. Selain daripada nama autisme, ketidakupayaan ini juga dikenali sebagai autistic disorder, childhood autism, infantile autism & Kanner’s syndrome .

Dianggarkan satu daripada 500 kanak – kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunujukkan kini ada kira – kira 47,000 penduduk negara kita menghidapi autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri.

Hampir 70 peratus kanak – kanak autisme mempunyai masalah terencat akal pada tahap berbeza. Hal ini menyebabkan proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku. Kekurangan yang dialami oleh kanak – kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. Namun begitu, bukan semua individu autism mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang Berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autism. Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal.


Faktor-faktor  Autisme

Secara umumnya, faktor sebenar yang menyebabkan autisme adalah tidak dapat dikenal pasti sehingga sekarang. Namun begitu, terdapat ramai professional telah membuat kajian yang mendalam terhadap masalah ini. Hasil daripadanya, mereka mendapati bahawa terdapat faktor-faktor yang merintis kepada berlakunya autisme. Akan tetapi, kajian yang dilakukan oleh mereka telah menimbulkan pendapat dan konsep yang bertentangan. Walaubagaimanapun, kajian-kajian tersebut telah dijadikan sebagai panduan kepada ibu bapa dan pendidik  kanak-kanak autisme. Secara keseluruhannya, kita boleh merumuskan bahawa autisme adalah berpunca daripada beberapa faktor iaitu genetik, masalah sebelum dan selepas kelahiran, kerosakan fungsi otak, fungsi kecelaruan autoimmue, serta faktor persekitaran.

1. Faktor Genetik

Melalui kajian anak kembar yang dilakukan oleh para saintis telah menunjukkan bahawa 90% daripada kes autistik yang dilaporkan adalah berpunca daripada genetik. Hal ini bermaksud bahawa autisme boleh diwarisi secara turun-temurun.Terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa autisme adalah disebabkan kerosakan dalam kromosom yang ke-2,7,15 dan x. Wassinkatel(2001) mengatakan bahawa genWTN2 yang terletak pada kromosom ke-7 merupakan punca autisme. Antara kerosakan yang terletak pada kromosom kanak-kanak autisme ialah gene deletion, gene duplication dan gene inversion.

Gene deletion didefinisikan sebagai ‘a total loss or absence of the gene’. Dalam ayat lain, gene deletion merujuk kepada sejumlah gen yang hilang atau tiada. Ketidakmunculan gen ini telah menyebabkan jangkitan penyakit dan abnormal pada individu tersebut.

Gene duplication pula merupakan suatu keadaan yang terbalik dengan gene deletion. Definisi gene duplication ialah ‘an extra copy of gene’. Keadaan Ini menjelaskan bahawa gene duplication merujuk kepada salinan gen yang  muncul berlebihan. Hal Ini telah menyebabkan ketidaknormalan muncul dalam kromosom dan merintis kepada penyakit.

Selain itu, gene inversion juga menjadi penyebab terjadinya autisme. Gene inversion merupakan pembalikan gen berlaku. Akibat daripada ini akan menimbulkan sama ada kesan positif atau kesan negatif dan ini terpulang kepada kombinasi gen yang muncul selepas gene inversion berlaku. Dalam kes autisme, gene inversion akan menunjukkan kesan yang negatif. Hal Ini kerana pembalikan gen ini akan mewujudkan kromosom yang abnormal. Selain daripada yang dijelaskan di atas, kajian telah menunjukkan bahawa anak-anak kembar monozigot adalah 70% lebih cenderung untuk menghidapi autisme.

2. Masalah Sebelum Kelahiran

Masalah sebelum kelahiran adalah merujuk kepada teratogen. Teratogen didefinisikan sebagai agen atau faktor yang menyebabkan kecacatan fizikal pada embrio yang sedang berkembang atau pada 8 minggu pertama kehamilan. Antara teratogen yang merintis kepada autisme ialah thalidomide, asid valproik, misoprostol, dan jangkitan Rubella pada ibu semasa mengandung.

Thalidomide merupakan satu ubat penenang yang efektif dan digunakan secara meluas di negara-negara barat. Ubat ini akan memberi kesan yang teruk kepada kandungan sehingga menyebabkan kecacatan fizikal yang amat serius kepada bayi jika seseorang ibu yang mengandung menamalkannya.

Asid valproik merupakan satu sebatian kimia yang terbukti secara klinikal untuk digunakan sebagai ubat penstabil emosi mengubati migrain dan scizophrenia serta merupakan dadah anticonvulsant. Walaupun asid valproik membawa kepada kebaikan dalam beberapa penyakit, namun ia telah meninggalkan kesan buruk terhadap wanita jika mengamalkannya semasa kehamilan. Pengambilan asid valproik semasa kehamilan akan menyebabkan kecacatan dan kerosakan dalam otak fetus. Ini seterusnya menyumbang kepada penyakit dan ketidaupayaan selepaas kelahiran.

Pengambilan acid folic oleh wanita yang sedang hamil. Zat ini biasanya diberikan kepada wanita hamil untuk mencegah kecacatan pada janin. Hasilnya memang cukup memberangsangkan, kadar kecacatan pada janin menurun sehingga 30%. Namun, jika diambil berlebihan ia boleh menyebabkan penyakit autisme. Untuk menggantikan Folic Asid, para ibu yang mengandung disarankan memakan buah-buahan segar sebanyak mungkin.
Selain itu, misoprostol juga merupakan salah satu teratogen yang merintis kepada autism. Misoprostol merupakan ubat yang digunakan untuk mengelakan ulser grastik, mati dalam kandungan dan mencetuskan kelahiran. Misoprostol adalah tidak sesuai untuk diamalkan oleh wanita mengandung kerana misoprostol akan meningkatkan pengecutan dan memendekkan otot uterus. Ini akan membawa kepada kecacatan kandungan.

Jangkitan Rubella pada ibu semasa mengandung juga menyumbang kepada autism. Rubella merupakan satu penyakit yang terjangkit kerana virus yang lazmnya terdapat pada tekak, najis dan darah individu tersebut. Jangkitan Rubella ke atas wanita hamil pada 12 minggu pertama adalah amat membahayakan. Ini kerana virusnya boleh menembusi sistem pertahanan uri dan masuk ke dalam janin yang sedang membentuk kepada bayi. Ini akan menjadi ancaman kepada bayi dalam kandungan kerana pada tempoh masa ini janin adalah belum stabil. Ini mungkin akan menyebabkan kecacatan yang teruk selepas kelahiran. Contohnya ialah cacat penglihatan dan pendengaran, masalah jantung serta terencat akal. Manakala kepada wanita yang terjangkit penyakit Rubella pada peringkat akhir mengandung, bayi yang dilahirkan mungkin menghadapi masalah pembelajaran seperti lambat dalam pembelajaran.

3. Masalah Semasa Dan Selepas kelahiran

Mengikut kajian, autisme juga berkemungkinan besar disebabkan oleh masalah yang dihadapi semasa kelahiran. Masalah ini merujuk kepada kekurangan oksigen pada bayi semasa kelahiran. Apabila seseorang wanita bersalin, kesukaran bayi nak keluar mungkin berlaku. Kesukaran tersebut mungkin disebabkan oleh tali pusat erbelit pada leher bayi, penucutan otot uterus dan lain-lain lagi. Ini telah menyebabkan bayi tidak dapat oksigen yang mencukupi untuk dihantar ke bahagian otak. Ini seterusnya membawa kepada ketidaksempurna fungsi otak individu tersebut dan ini mungkin merujuk kepada autisme.

Masalah selepas kelahiran yang membawa kepada autisme ialah encephalitis, dan measles. Encephalitis merupakan infeksi jaringan otak disebabkan pelbagai jenis mikroorganisma. Virus akan memasuki badan melalui kulit dan mungkin akan menybar merosakkan otak. Kematian yang disebabkan oleh encephalitis adalah sangat tinggi iaitu antara 30-50%. Antara 20-40% yang sembuh, mereka mengalami gangguan penglihatan, atau gejala neurolisis. Manakala kepada yang sembuh tanpa gejala neurolisis aka mengalami masalah mental dan tingkah laku yang mungkin merupakan autisme.

Measles atau juga dikenali sebagai demam campak merupakan satu penyakit yang disebabkan virus. Biasanya, measles akan dihidapi oleh bayi yang berumur melebihi 1 tahun merupakan penyakit yang amat biasa dijangkiti oleh bayi. Walau bagaimanapun kalau bayi-bayi jangkitan measles diabaikan dan tidak dijaga dengan rapi, ia akan membawa kepada maut. Kalau jangkitan tersebut merupakan jangkitan yang agak serius, ia juga akan menyebabkan gangguan pada system saraf urat dan merintis kepada autisme.

4. Kerosakan Fungsi Otak

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme mempunyai serebelum yang lebih kecil. Pada kebelakangan ini, kajian seterusnya telah menunjukkan bahawa otak mereka adalah lebih besar. Otak mereka mungkin mengalami perkembangan yang normal sehingga kelahiran tetapi mengalami perkembangan yang amat pesat pada tahun pertama dan perkembangan mendatar serta berhenti selepas ini.

5. Fungsi Kecelaruan Autoimmue

Autoimmue merupakan sistem immunisasi yang secara automatik dalam badan. Kecelaruan autoimmue merujuk kepada ketidakfungsi sistem immunisasi pada kanak-kanak autisme. Ketidafungsian sistem immunisasi telah menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat mengelakkan diri daripada autisme.

6. Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran juga merupakan salah satu penyebab autisme. Kanak-kanak yang membesar dalam keadaan keluarga yang tidak baik seperti pertenglikahan ibu bapa yang sering kali berlaku, layanan dingin ibu bapa dan pengabaian ibu bapa terhadap anak-anak mempunyai peluang yang tinggi untuk menghidapi autisme. Ini kerana keadaan yang macam itu telah memupuk ciri-ciri autistik seperti cenderung menyendiri dan kurang upaya untuk bergaul atau bermain dengan orang lain.
Tidak ketinggalam juga, pencemaran dan toksin dalam persekitaran juga boleh menyebabkan berlakunya autisme. Contohnya, didapati berlakunya kadar autisme yang tinggi di sebuah bandar kecil di Loemenster, Massachustts, iaitu tempat terdapatnya kilang pengeluar cermin mata yang mengeluarkan asap yang banyak. Hal ini membuktikan persekitaran yang tercemar boleh menyebabkan terjadinya autisme kepada seseorang individu.

7. Vaksin Yang Mengandungi Thimerosal

Thimerosal adalah zat pengawet yang digunakan sebagai vaksin. Ada pendapat yang mengatakan bahwa jika terlalu banyak vaksin Hepatitis B yang termasuk dalam MMR (Mumps, Measles dan Rubella) boleh mengakibatkan anak mengidap penyakit autisme. Ini kerana vaksin ini mengandung zat pengawet Thimerosal, yang terdiri dari Etilmerkuri yang menjadi penyebab utama sindrom Autisme Spectrum Disorder. Biasanya, vaksin mengandungi plumbum, merkuri dan aluminium. Bahkan sesetengah vaksin ditambah dengan ekstrak punggung babi, anjing dan monyet yang kebanyakannya diimport dari luar Negara.

8. Makanan

Makanan menjadi penyumbang utama terhadap pelbagai penyakit termasuk autisme. Ini kerana pelbagai bahan kimia dan bahan pengawet terdapat disetiap makanan yang kita beli di pasaraya. Lebih-lebih lagi kadar melamin yang agak tinggi di setiap makanan bersusu dan berperisa coklat.

Sesetengah makanan ringan pula mengandungi plumbum, merkuri dan aluminium yang jika diambil berpanjangan akan menjejaskan sistem saraf kanak-kanak sehingga otak kanak-kanak tersebut menjadi lemah atau hyperaktif. Pada tahun 1970an, seorang pengkaji makanan bernama Dr. Feingold telah menyaksikan peningkatan kes ADHD (Attention Dificit Hyperactivity Disorder) dalam skala yang sangat besar. Sebagai seseorang yang pernah hidup di era tahun 1920an hingga 1930an, beliau masih ingat bahawa kes ADHD nyaris tidak ada sama sekali di zaman tersebut.

Dr. Feingold berpendapat punca kes ADHD meningkat ialah kerana makanan moden yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat besar yang kebanyakannya mengandungi bahan pengawet dan bahan kimia yang berlebihan. Sejak Dr. Feingold membongkar bahan kandungan yang digunakan oleh industri pemakanan, semenjak itu beliau di khianati oleh The Nutrition Faundation, di mana Coca-Cola, Kraft Food dan beberapa syarikat besar idustri makanan adalah ahlinya. Namun, beliau tetap tidak putus - putus menulis buku tentang bahaya makanan moden.

Ciri-ciri Autisme

1. Masalah Komunikasi

Kanak - kanak autisme tidak menunjukkan sebarang perkembangan bahasa dalam komunikasi mereka seperti kanak - kanak lain.perkembangan bahasa  mereka juga lambat atau tiada langsung berbanding kanak – kanak lain yang normal. Mereka jarang menggunakan bahasa yang sesuai untuk bertutur,sukar untuk diajak berbicara. Mereka juga kadang kala menuturkan sesuatu tetapi untuk seketika sahaja. Mereka kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan mereka tidak mengendahkan perkara yang diperkatakan oleh orang lain. Tahap kefahaman bahasa mereka adalah rendah manakala penggunaan bahasa mereka pula terbantut. Mereka sering mengulangi ungkapan yang telah didengari oleh mereka. Contohnya, jika seseorang bertanyakan “sudah mandi”, mereka akan menjawab “sudah mandi”. Pengulangan ini dinamakan sebagai “ekolalia” yang merujuk kepada keadaan mereka yang tidak pandai menggunakan bahasa dengan kreatif seperti tidak dahaga, sudah kenyang, sudah makan, dan sebagainya.

2. Interaksi Sosial

Kanak – kanak ini suka bersendirian. Mereka lebih gemarmenjauhkan diri dan duduk di sesuatu sudut tertentu. Mereka menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan orang lain. Mereka sering menghabiskan masa dalam dunia mereka sendiri.mereka tidak pernah memulakan sebarang bentuk interaksi sosial dan mereka juga tidak menunjukkan kebolehan spontan dengan orang lain. Ibu bapa sukar untuk menjalinkan kemesraan dengan mereka kerana mereka tidak suka dibelai, dipeluk, dan dicuim. Mereka tidak memberi sebarang gerak balas terhadap kemesraan yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Mereka seperti orang pekak, buta, dan bisu. Selain itu, mereka juga selalu mengelak daripada bertentang mata dengan orang lain. Mereka akan bergelut jika ibu bapa ataupun penjaga cuba membuat pertentangan mata dengan mereka.

3. Pola Bermain

Tingkah laku mereka aneh dan berlainan daraipada kanak – kanak normal. Mereka mampu duduk dalam sesuatu kedudukan untuk jangka masa yang lama. Mereka akan mendengar bunyi tertentu seperti bunyi ketukan meja berkali – kali. Mereka juga leka bermain dengan barang yang diminati oleh mereka selama berjam – jam. Mereka akan marah dan baran apabila barang yang diminati oleh mereka itu diambil, dialih, ataupun hilang.mereka juga menunjukkan pelbagai ragam seperti menepuk tangan dan menjengkitkan kaki ketika berjalan. Mereka turut suka memutarkan sesuatu benda seperti tudung botol. Sesetengah daripada kanak – kanak autisme akan menghabiskan masa mereka dengan memutarkan sesuatu seperti tayar kereta mainan, blok kayu, pensil, dan sebagainya secara berterusan.


          4. Gangguan Deria

Individu autisme mempunyai kecacatan dan kekurangan di dalam satu atau lebih dalam deria mereka. Antara deria tersebut adalah deria auditori, visual, sentuhan, rasa, vestibular, olfaktori, dan proprioseptif. Semua deria ini akan menjadi hipersensitif atau hiposensitif dan menyebabkan individu tersebut mengalami gangguan seperti bunyi berdesing di telinga.lebih kurang 40% daripada mereka tidak selesa dengan frekuensi bunyi yang tertentu. Mereka akan menutup telinga jika mendengar bunyi bayi menangis atau bunyi kenderaan bermotor seperti bunyi kereta. Selain itu, mereka juga akan mengelak pelbagai bentuk sentuhan seperti dipegang, dipeluk dan tidak sensitif terhadap rasa sakit atau takut.

          5. Tingkah Laku

Ketidakfungsian tingkah laku berlaku kepada kanak – kanak autisme seperti rangsangan kendiri tingkah lak, iaitu pengulangan tingkah laku yang tidak bermatlamat seperti menggoyangkan tangan dan menghantukkan kepala mereka. Mereka mempunyai masalah untuk tidur, makan, hubungan mata yang lemah, hiperaktif atau hipoaktif dan kurang menumpukan perhatian. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai daya ingatan yang kuat untuk menghafal. Mereka juga sangat tertarik dengan kebisingan dan objek yang bergerak berulang – ulang kali. Contohnya, mereka tertarik dengan bunyi telefon mainan dan mereka akan mengetuk sesuatu seperti blok kayu untuk membuat bunyi.

            6. Emosi

Emosi kanak – kanak autisme sangat sukar untuk diramal dan kerap berubah – ubah. Mereka sering ketawa, menangis, dan marah tanpa sebab. Mereka akan mengamuk jika kemahuan mereka tidak dituruti. Mereka akan merosakkan semua benda yang berada berdekatan dengan mereka serta menyerang sesiapa sahaja yang berada berhampiran dengan mereka jika emosi mereka terganggu. Mereka juga tidak mempunyai perasaan simpati dan memahami perasaan orang lain.





No comments:

Post a Comment