Sekolah : Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Persekutuan, Pulau Pinang
Fokus : PT3 & SPM
Kategori
Pelajar : Masalah Pendengaran
Bil.
Pelajar : 130
Orang Pelajar
Jangka
Masa
: 3 Hari 2 Malam (17-18 April 2015)
A
|
lhamdulillah, tugasan
untuk menjadi fasilitator kepada pelajar sekolah ini telah berjaya dilaksanakan
walaupun terdapat beberapa cabaran yang terpaksa dilalui oleh 20 orang
fasilitator yang terlibat khususnya pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
dalam bidang pendidikan khas di USM. Saya yakin pengalaman sebegini amat
diperlukan oleh bakal-bakal guru kerana hal ini dapat meningkatkan kemahiran
yang diperlukan oleh guru. Saya akan pecahkan refleksi ini kepada beberapa
kemahiran iaitu kemahiran membina hubungan, kemahiran komunikasi, kemahiran
memberi arahan, kemahiran kawal selia, dan kemahiran membina motivasi diri.
. A. Kemahiran Membina Hubungan
-
Kemahiran ini sangat penting kerana dapat membantu para guru dan pelajar untuk saling berinteraksi dengan lebih baik. Dalam konteks program ini, kami menggunakan modul ‘ice-breaking’ untuk menarik pelajar ini berasa lebih selesa dengan kehadiran kami. Oleh itu, setiap tugasan yang diberikan oleh kami nanti mampu dilaksanakan oleh pelajar kerana mempunyai hubungan yang berkesan antara pelajar dengan fasilitator.b. Kemahiran KomunikasiHalangan utama kami dalam program ini ialah komunikasi. Kami perlu menggunakan Bahasa isyarat sama ada Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) ataupun Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Pelbagai alternatif telah digunakan oleh semua fasilitator yang terlibat seperti menggunakan menulis di atas kertas, menggunakan penterjermah dalam kalangan pelajar, mengeja, dan sebagainya. Pengalaman ini harus digunakan sebaik mungkin kerana tidak semua isyarat tangan terdapat dalam buku.c. Kemahiran Memberi ArahanKemahiran memberi arahan sangat penting tidak kira pelajar normal ataupun tidak. Sebelum memberi arahan, kami perlu pastikan semua pelajar melihat orang yang sedang bercakap dan berbahasa isyarat. Selain mendapatkan fokus pelajar, kami perlu juga memastikan arahan yang kami sampaikan ringkas dan tepat agar aktiviti yang dirancang mampu dilaksanakan dengan berkesan. Dalam konteks pelajaran, dua aspek ini sangat penting bagi memudahkan arahan yang ingin disampaikan oleh guru dapat diterima oleh pelajar dengan baik.d. Kemahiran Kawal SeliaKemahiran kawal selia juga sangat penting dalam merancang dan melaksanakan aktiviti. Kita harus peka terhadap reaksi pelajar sama ada berminat ataupun tidak dengan aktiviti yang dirancang. Oleh itu, kita mampu mengambil langkah yang berkesan untuk mendapatkan perhatian pelajar. Selain itu, kawalan masa juga sangat penting kerana rehat yang cukup mampu membuatkan pelajar seronok untuk mengikuti aktiviti yang telah dirancang. Oleh itu, pihak urus setia patut menilai kesesuaian jangka masa setiap aktiviti dan peruntukan masa rehat.e. Kemahiran Membina Motivasi DiriDalam konteks program ini, kami akan menyemai semangat dahagakan ilmu kepada setiap pelajar. Setiap aktiviti yang kami laksanakan akan disertakan dengan objektif selepas tamat setiap aktiviti. Tujuan kami memberitahu objektif tersebut kerana kami mahu pelajar menilai objektif tersebut. Secara tidak langsung, hal ini akan membangkitkan motivasi dalaman pelajar itu sendiri. Dalam slot tazkirah maghrib, fasilitator lelaki akan berkongsi pengalaman mereka semasa proses menuntut ilmu dari zaman persekolahan hingga ke peringkat universiti.
K
|
esimpulannya, program ini
sangat baik dan diharapkan agar pihak sekolah meneruskan program ini pada
setiap tahun. Program ini mampu mendekatkan golongan istimewa ini dengan
masyarakat normal. Tugas sebagai Ketua Fasilitator ini sangat berat tetapi
Allah telah memudahkannya serta sokongan daripada fasilitator menyebabkan tugas
yang dipikul menjadi ringan.
Selamat
Maju Jaya Buat Pelajar Sekolah Menengah
Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang
Senarai fasilitator :
Haniff Asyraf, Aizulhakim, Asyraf, Aidil Adrie, Azeem Fiqri, Hafizuddin,
Fazreen, Asilah, Fazilah, Aisyah, Faqirah, Najad, Husna, Azirah, Akma, Syamira,
Marmin, Mazlinah, Ainatul, Afifah