Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan tugasan yang
telah diberikan oleh pihak USM iaitu, Latihan Internship selama sebulan di
sekolah – sekolah yang dipilih sendiri oleh pelajar. Saya telah memilih SMK
Syed Alwi sebagai tempat bagi saya untuk melaksanakan latihan ini. Latihan
internship saya mengambil masa 18 hari pada bulan Ramadan. Oleh itu, berkat
bulan Ramadan ini saya berharap semuanya berjalan dengan lancar.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
sekolah kerana sudi menerima kehadiran saya dan rakan saya, iaitu Azlili b
Ahmad Sabri. Kehadiran kami disambut baik oleh guru – guru aliran perdana.
Terdapat juga guru yang memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada kami bagi
berhadapan dengan pelajar – pelajar terutamanya pelajar pendidikan khas. Tuan
pengetua, En. Kaman b Halit juga turut memberi banyak nasihat kepada kami
semasa terjumpa dengan kami. Pihak PPKI juga yang diketuai oleh Penolong Kanan
Pendidikan Khas, Puan Zurainie bt Mat Jas juga memberi kerjasama yang baik
kepada kami berdua. Guru – guru pendidikan khas turut memberi kerjasama yang
baik kepada kami berdua. Mereka selalu menyuruh kami bergaul dengan mereka.
Oleh itu, kami telah dapat menyesuaikan diri dengan kelompok guru – guru
pendidikan khas.
Terdapat banyak kenangan yang masih kekal dalam ingatan
saya. Antaranya ialah Haikal Syafiq, walaupun dia mengalami masalah pertuturan,
dia mampu untuk menyusun kad ayat yang telah diselerakkan di atas meja. Selain
itu, kenangan menjadi guru pengawas semasa peperiksaan pertengahan tahun bagi
kelas PPKI juga masih di ingatan saya kerana jawapan pelajar yang salah
membuatkan saya ingin membantu mereka. Semasa saya diminta untuk menggantikan
guru, kenangan menjaga dan mengawal kelas menjadi motivasi kepada saya untuk
bersabar dengan pelajar. Hal ini kerana mereka nakal dan mengganggu rakan lain.
Semangat untuk menang juga wajar dicontohi kerana mereka sentiasa ingin
memenangi kuiz yang telah dilaksanakan oleh kami berdua.
Kemahiran interpersonal saya juga meningkat. Hal ini
kerana saya selalu berkomunikasi dengan guru, pelajar, dan ibu bapa pelajar. Pada
permulaannya, saya agak kekok, saya akhirnya mampu berkomunikasi dengan baik
apabila berhadapan dengan mereka. Saya berpendapat bahawa saya harus menggunakan
nada suara yang berbeza untuk berhadapan dengan mereka seperti tegas dan lembut
untuk memudahkan mereka berhadapan dengan saya.
Sistem yang digunakan oleh pihak PPKI juga membuka mata
saya. Pihak PPKI telah menyediakan laci kepada setiap pelajar. Hal ini bagi
mengatasi masalah pelajar yang sering lupa untuk membawa buku dan membuat kerja
sekolah. Walaupun sistem ini nampak remeh tetapi kesannya besar bagi pelajar
dan guru. Saya meyokong sistem ini kerana memudahkan pelajar yang tidak perlu membawa
buku mengikut jadual dan bagi guru pula, hal ini bagi memastikan kelancaran
pengajaran dan pembelajarannya menepati objektif yang telah ditetapkan oleh
guru.
Para pelajar juga mempunyai personaliti yang berbeza.
Personaliti ini menjadikan setiap pelajar unik. Walaupun mereka watak ini
berbeza, mereka tetap menghormati kami dan sentiasa memberi kerjasama kepada
kami. Saya sentiasa memberi kata – kata nasihat kepada pelajar – pelajar nakal
dan mengganggu rakan – rakan yang lain. Saya juga mendapati kekurangan yang
terdapat pada pelajar seperti kecacatan tangan dan kecatatan kaki tidak
menghalang mereka untuk bergerak aktif seperti berlari.
Pengalaman seterusnya yang memberi pengalaman kepada
saya ialah saya berkomukasi dengan pelajar bermasalah pendengaran, Azizi. Azizi sangat seronok apabila mengetahui saya dapat menggunakan bahasa isyarat
walaupun tidak cekap. Dia juga selalu mengajar saya beberapa isyarat. Berjumpa
dengan Afifi menjadikan saya seronok kerana bidang saya nanti ialah mengajar
menggunakan bahasa isyarat.
Pengalaman internship di SMK Syed Alwi telah memberikan
saya keyakinan untuk berhadapan dengan pelajar dan mengajar mereka nanti. Saya
berharap kenangan dan pengalaman yang saya peroleh dapat saya gunakan sepanjang
saya menjadi guru nanti.
Aktiviti Membuat Sampul Duit Raya Aidilfitri 2014