tidak berupaya untuk mengawal kekejangan. ``cerebral’’ bermaksud otak manakala ``palsi’’ bermaksud masalah dengan kawalan tubuh. Secara umum,cerebral palsi bermaksud ketidakupayaan seseorang untuk menggunakan sebahagian anggota badan disebabkan kecederaan yang terdapat pada otak. Terdapat beberapa jenis serebral palsi iaitu, spastic, spastic ataksik, spastic diskinetik, dan spastic campuran. Spastic merupakan jenis yang paling kerap terjadi dalam kalangan individu yang mengalami serebral palsi.
BAHAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS SEREBRAL PALSI
Terdapat
pelbagai bahan yang boleh digunakan untuk mengajar murid – murid bagi
meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Kemahiran ini penting bagi
membolehkan motor halus mereka berfungsi dengan baik. Antaranya :-
1. Ikat Tali Kasut
Ikatan tali kasut juga mampu
meningkatkan kemahiran motor halus kanak – kanak. Bahan – bahan yang digunakan
juga mudah dan boleh dibuat sendiri. Guru perlu menmyediakan tali dan model
kasut. Kemahiran ini tidak hanya tertumpu kepada motor halus murid – murid
sahaja malah kaedah ini mampu meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid –
murid tahun satu yang mengalami serebral palsi.
2. Doh
Selain itu, guru juga boleh
mengajar murid – murid membuat doh. Guru – guru boleh mengadunkan doh terlebih
dahulu dan memberikan doh yang telah siap kepada murid. Guru perlu mengajar
murid – murid meramas, mencubit, memicit, dan menguli doh tersebut. Kemahiran
ini penting bagi menguatkan otot – otot jari murid bagi memudahkan murid
tersebut memegang sesuatu dengan baik seperti memegang pensel.
Akhir sekali, guru boleh mengajar
murid menggunting kertas berdasarkan bentuk yang dibuat oleh guru seperti
bentuk, nombor, huruf, dan sebagainya. Kemahiran ini juga akan meningkatkan
kemahiran motor halus murid – murid di samping meningkatkan fokus koordinasi
mata dan tangan semasa memegang gunting dan melihat bentuk yang ingin dipotong.
Guru harus memerhati murid semasa mereka menggunakan gunting bagi mengelakkan
sebarang kecederaan semasa aktiviti dijalankan.